.
Ayu;
Menarik
Lemah lembut
Gerak geri perilaku.
.
Indah;
Cantik
Bagus benar
Elok lagi molek.
.
Murni;
Bersih
Suci tulen
Tiada tercampur unsur asing.
.
Ayu, Indah, Murni;
Si Isteri, Si Sulong dan Si Tengahku
Manis belaka
Penyeri hidupku.
.
taman melawati, kuala lumpur,
khamis, 15:45 ptg,
23hb. Ogos 2007.
.
Yang tersirat:
Rasanya tiada yang tersirat pada puisi ini. Lebih kepada self indulgence saja pada setiap perenggan. Sedikit sebanyak ia terkait juga dengan paparan den_nai bertajuk Puteh Seroja. Lantaran sebab mengapa perkataan-perkataan ini menjadi nama-nama pilihan den_nai. Ayu sebenarnya adalah sukukata yang terdapat pada nama isteri den_nai yang menjadi singkatan den_nai tatkala memanggilnya.
Andai anak lelaki apa pula saingannya ya?
Yang tersorot:
Den_nai ajukan puisi ini kepada Ayu untuk dibaca. Tenang aja dia; almaklumlah perihal diri sendiri. Tiba ke perenggan Murni. Ayu melirik den_nai seraya bersuara membaca, “…tiada tercampur unsur asing”, lantas tertawa. Den_nai tergelak sama kerana den_nai mengerti apa yang sedang bermain di fikirannya. Memang benar, berkongsi pandangan, apa yang kami gambarkan adalah Murni begoyang asyik dengan lenggoknya yang separa kaku; yakin dalam kekekokannya.
Sungguh asing lagi tercemar.
Yang terseret:
Padusi dalam bahasa Minang bererti perempuan mahupun isteri. Ayu menyatakan ia pernah mendengar perkataan tersebut tetapi tidak pula pasti akan maksudnya.
She’ll sure to coin it in her memory now.
.
Friday, December 4, 2009
Thursday, November 26, 2009
CEMBURUKU
.
Salahkah aku mencemburuimu,
Dek Baitullah menggamitmu
...di putaran waktu musim ini;
Kan kau berhimpun di Makkah
...mengikut jejak rasul-rasul ALlah.
.
Usahlah persalahkan aku
...iri akan rezekimu,
Bukan pula kusakit hati
...mahupun dengki yang tersimpul mati,
Sekadar menginginkan
...apa yang sekian kuhajati,
Ke rumah ALlah rukun penyudah.
.
Pergilah kamu
...tinggalkan aku sementara waktu,
Meladeni duniawi
...yang berterusan membelenggu.
.
Namun kutahu,
Perginya kamu membawa
...secebis aku dalam doamu,
Agar Baitullah dapat kutemu.
.
.
taman melawati
zulkaedah 1428
Yang tersirat:
Cemburu yang diizinkan? Siapa yang tidak mahu ke Makkah? Sebagai seorang muslim sudah pastilah itu menjadi matlamat puncak kehidupan, melangsai rukun penyudah.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan; mestilah didahului niat. Lazim terdengar kisah orang yang berdikit-dikit mengumpul wang selama bertahun-tahun untuk menyempurnakan hasrat nan satu ni. Dan terdengar juga mereka yang rezeki mencurah-curah yang mampu pergi at moments notice; tapi terhambat waktu yang membolehkan tercapainya rezeki mereka tadi.
Punya masa, tiada wang; Punya wang tiada masa. Tentu jauh lebih baik dari tiada masa dan tiada wang. Dan alangkah bahagianya pula seandainya punya masa dan punya wang!
Semakin ramai teman-teman dan kenalan yang diberi laluan oleh ALlah untuk melaksanakan fardhu haji mereka. Mudah-mudahan mabrur. Mudah-mudahan benar mereka membawa “…secebis aku dalam doamu”. Mudah-mudahan akan tiba pula giliran den_nai suatu hari nanti. Mudah-mudahan akan terungkai cemburu den_nai yang menggila ini. Ya, mudah-mudahan di permudahkan ALlah laluan ini.
Dan semakin ramai juga teman-teman dan kenalan yang telah dipanggil ALlah untuk kebali ke rahmatNya. Den_nai juga akan dijemputNya nanti. Bila? Yang mana satu akan den_nai terima dahulu; ke ‘rumah’Nya atau terus kepada Nya. Mungkin ke ‘rumah’Nya dan terus kepada Nya. Doakah itu?
Yang tersurat:
Telah ditentukan ALlah yang Mak akan menerima undanganNya buat kali kedua. Perginya Mak kali ini diiringi Kak Long, Abang Mat dan Isterinya. Berempat mereka. Den_nai tumpang gembira bersulam cemburu yang membuak jiwa. Masakan tidak, pertama tentulah ke Baitullah itu sendiri sebelum mencecah usia 50, kedua berpergian bersama emak dan isteri. Alangkah bahagia didampingi orang tersayang.
Jom gi Haji!

Friday, October 23, 2009
SUATU HARI NANTI
.
Walaupun masih jauh
Di mata ayah sudah terbayang
Membuatkan hati ayah sebak
Airmata mula berlinang
.
Aku nikahkan akan dikau…
...dengan anakku...
Itulah akad yang ayah doakan berlaku
Namun ayah harap jangan berlalu
.
Sayang sayang buah kepayang
Jantung hati ayah nan seorang
.
Akan berjauhankah anak ayah?
Akan sepikah rumah ayah?
Akan sunyikah diri ayah?
Yang pasti…
Bertambah rindulah hati ayah.
.
taman melawati, kuala lumpur,
jumaat, 12:00 tgh
3hb Jun 2005.
Yang tersirat:
Berhari-hari den_nai menangis dek puisi ini. Takut kehilangan, khuatir dilupakan atau kemungkinan dipinggirkan? Semua ini ada kebenarannya. Kita sekadar merancang, ALlah s.w.t. jua yang menentukan. Memang kita sentiasa bermohon yang muluk-muluk; tapi ditakdirkan yang buruk-buruk menjengah, kena terima juga. Itu kehidupan namanya.
Terlayang juga den_nai akan senario hari tersebut dan hari-hari berikutnya. Bagaimanakah realitinya nanti? Wallahu’allam. Jangan kerana puisi ini anak-anak den_nai enggan berumah tangga; ayahnya pula disalahkan.. Berkahwinlah anak-anak ayah. Itu satu tuntutan dan satu nikmat kehidupan.
Yang tersorot:
Ini adalah puisi pertama den_nai yang den_nai terjemahkan ke bahasa Inggeris bertajuk Someday. Impaknya tidak seperti puisi asal; maksudnya kesampaian tetapi “libas”nya sipi. Den_nai paparkan untuk pembaca menilainya.
SOMEDAY
Though afar
Daddy foresee
That makes my heart heavy
And eyes teary
.
And to...
...I give away this bride...
That’s the day I prayed to happen
But I hope mistaken
.
Entwined, double bind
My whole, ye the one
.
Will my love be apart?
Will my home be still?
Will my self be lonely?
For sure…
My heart will long for you.
.
taman melawati, kuala lumpur,
friday, 12:00 pm
3rd June 2005.
Yang terseret:
Dapatkah pembaca menggambarkan den_nai membaca puisi ini di keramaian tersebut? Versi asal tentunya. Tersudahkah pembacaan den_nai? Marahkah anak-menantu den_nai? Tersindirkah para jemputan? Entahlah. Namun persoalan cepumasnya; hadirkah den_nai pada hari tersebut? Sekali lagi, Wallahu’allam.
Selamat berbahagia anak-anak ayah.
Maaf, den_nai menagis lagi.

Friday, October 9, 2009
PERSINGGAHAN
.
Hampa rasa
Tiada lagi terdengar
Hambar suasana
Sunyi berita tiada khabar.
.
...Temu pertama kedu tergamam
...Melamun siang bermimpi malam
...Nurani meneka berbisik sentiasa
...Apakah ini dinamakan cinta?
.
...Hari dilalui segar
...Cerah tambah sinar
...Malam terasa nyaman
...Kelam makin tenang.
.
Apa sebab mengapa
Diri kini sering tertanya
Suara tiada bersambut kata
Sepi bahasa hilang mesra.
.
Kasih berlalu sendiri
Rindupun semakin jauh.
.
taman melawati, kuala lumpur,
17:30 ptg,
26hb. Mac 2004.
Yang tersirat:
Cinta dan airmata. Pertemuan dan perpisahan. Lumrah alam. Berpisah roh dan jasad adalah penamat segalanya di dunia fana ini; namun sebagai manusia biasa terpisah kasih serasa amat payah dan berat sekali. Benarkan? Tak pernah melalui cinta yang tak kesampaian seperti yang diimpikan? Andai sebegitu, izinkanlah den_nai bersilisih pendapat.
Tak perlulah cuba memadamkan kisah-kisah semalam kerana semua itulah yang membentuk diri kita seadanya pada hari ini. Terima dan redha. Seharusnya bijaklah kita memilih antara tauladan dan sempadan.
As the cliché goes; it’s better to love and lost than not to love at all. Ada juga benarnya
Yang tersurat:
Penceritaan puisi ini agak menarik kerana ibarat penceritaan berbentuk visual, ia memaparkan rentetan frame/frasa imbas-kembali, iaitu pada rangkap kedua dan ketiga. Pemilihan kata yang den_nai pakai agak mudah dan penggunaan perlambangan boleh dikatakan tiada lansung. Akan tetapi dua baris terakhir mampu membawa maksud yang berbeza.
Pada den_nai puisi ini lebih menjurus kepada perpisahan namun “…rindu semakin jauh” boleh diertikan sebagai insan-insan ini telah bertemu dan menyatu cuma perasaan rindu itu yang telah berlalu; yang turut menafsirkan perasaan mereka tidak seindah dahulu –kini pudar dan hambar.
Yang terseret:
Sering juga den_nai menunjukkan Ayu akan hasil-hasil penulisan den_nai nan terkini. Lazimnya; ek tidak, uk pun tidak. Berlalu sebegitu sahaja. Jarang sekali kami berbincang apatah lagi Ayu berhujah perihal kosakata mahupun penyusunan ayat dsb. Mungkin Ayu sendiri faham tulisan ini terlalu peribadi buat den_nai lalu memberi ruang den_nai ber “sendiri”; tambahan pula tiada guna disanggah kerana akan berkesudahan – wal hasil balik asal. Eloklah didiamkan sahaja. Alahai isteri den.
Pun begitu, sebagai menghargai, den_nai abadikan tajuk puisi ini yang diberikan oleh Ayu, kekasihku.

Friday, October 2, 2009
ABANG LAMBAT PULANG
.
Janganlah abang lambat pulang
Anak dirumah asyik bertanyakan
Jenuh agaknya seharian berkurungan
Tercari-cari ayahnya mengajak berjalan
Berlari-lari di taman permainan.
.
Usahlah abang lambat pulang
Adik dirumah agak kesunyian
Walaupun riuh anak berbisingan
Masakan sama abang temankan
Gurau senda omong-omongan.
.
Hari abang lambat pulang
Hati rindu tidak keruan
Suara di telefon mana nak samakan
Kelibat dan sentuhan itu yang didambakan
Lirik dan pandang amat mengasyikkan.
.
Bila abang lambat pulang
Diri dibelit seribu persoalan
Sibuk bekerja sekat dijalanan
Anak dara lain perempuan
Berselerakkah rumah
tak berperisakah juadah
Pelbagai prasangka datang menjengah.
.
Abang,
Janganlah nanti…
Rindu bersulam sangsi
Jenuh jadi tak peduli
Hadirpun tiada erti
Telah adik lupa erti sunyi.
.
pandan jaya, kuala lumpur
11:40 pagi,
14hb. April 2004..
Yang tersirat:
Menyelami hati seorang wanita, naluri seorang isteri pastinya. Tersasarkah den_nai? Menduga hati seorang wanita sememangnya sukar apatah lagi yang bergelar isteri. Ayu bukanlah seorang suri rumah sepenuh masa; seperti den_nai hilang pagi munculnya lewat petang. Lazimnya bersama pulang-pergi kerja, drop-off dan pick-up di perhentian-perhentian tertentu.
Den_nai berpendapat seorang isteri harus ada curiga dan panjang akal mengamati kelakuan sang suami. Orang lelaki, al-maklumlah. Den_nai bukanlah suami mithali, tapi rasanya kalau seorang lelaki meletakkan keluarga (especially anak-anak) mendahului dirinya, itu sudah kira cukup bagus. Andai yang diberatkan adalah sepatu ataupun minyak wanginya; sang isteri perlu lebih-lebihlah memasang dan mengasah radar diri.
Selalulah meletakkan diri kita di tempat orang lain dengan tujuan untuk mendalami dan berpengertian. Ibarat seorang aktor memahami karektornya. Pada sang suami; pernahkah seharian di rumah menguliti urusan rumah-tangga? Cubalah. Kalau tak berterima kasih juga pada sang isteri, den_nai tak tahulah. Bagi pasangan yang menggaji orang lain untuk kesemua tugasan ini, itu bab lain. Sang isteri kalau sakit pening, anak-anak masih dapat makan-pakai. Kalau sang suami, bertambahlah beban sang isteri melayani kerenah baby 100 kilo…

Friday, September 18, 2009
PANTUN RAYA
.
Berlagu indah azan isyak,
...Alunan suara merdu sekali;
Berlalu sudah Ramadhan Al-mubarak,
...Entahkan merasa bertemu kembali.
Qamat bilal berbaris jemaah,
...Jeda keheningan damai terasa;
Semangat Syawal manis dijamah,
...Tanda kemenangan usai puasa.
Teratur tari kerlipan pelita,
...Di bawah tabuh menerang sepi;
Dihulur jemari kemaafan dipinta,
...Ukhwah dikukuh jalinan terpatri.
taman melawati, kuala lumpur
2.00 ptg
17.09.09
.
Berlagu indah azan isyak,
...Alunan suara merdu sekali;
Berlalu sudah Ramadhan Al-mubarak,
...Entahkan merasa bertemu kembali.
Qamat bilal berbaris jemaah,
...Jeda keheningan damai terasa;
Semangat Syawal manis dijamah,
...Tanda kemenangan usai puasa.
Teratur tari kerlipan pelita,
...Di bawah tabuh menerang sepi;
Dihulur jemari kemaafan dipinta,
...Ukhwah dikukuh jalinan terpatri.
taman melawati, kuala lumpur
2.00 ptg
17.09.09
.
Friday, September 4, 2009
PANTUN SMS 1
.
Ingat teman den_nai Zed? Alkisah, kami ni lain sikit. Tak ramai anak Melayu (rumpun amnya kerana den_nai Minang, Zed Jawa) yang bersenggang sambil berpantun, apatah lagi dengan ber-SMS pula.
Totally defeat the purpose! Berpantun dengan short messages!!!
Dilipurkan saudara dengan teks SMS kami. Bacalah dan kalau terdetik untuk membeli, persilakan.
.
08.01.2003.
Kiambang bertaut dalam kolam,
...Apa di paut malam semalam?
.
...Diraut panjang bertindih sayang
......Terpaut pandang kekasih orang..
Kolam bersih airnya jernih,
...Kolek usang dua tertiarap;
Memendam kasih akhirnya pedih,
...Milik orang apa diharap.
.
...Kilau Siti bertatah intan,
......Impian kalbu,
.........Bersopan santun budi dikenang;
...Kalau hati sudah tertawan,
......Usahkan madu,
.........Lautan racun lagi direnang..
Indah disalut terserlah didakap,
...Selendang mayang,
......Kerdip bercahaya memukal pandang;
Madah di mulut mudah diucap,
...Mendatang halang,
......Sedikit menimpa kesal memanjang.
.
09.01.2003.
Petir bertali mengalun suara,
...Bertingkah irama,
......Menjelang pagi seraya genta;
Fikir berkali sebelum mula,
...Langkah pertama,
......Diulang lagi supaya nyata.
.
09.01.2003
.
...Riak sinar tengok terkebil,
......Indah purnama,
.........Menebal rindu batin nan gundah;
...Tidak sukar untuk mengmbil,
......Langkah pertama,
.........Berbekal ilmu, yakin dan tabah.
.
Tugal huma kerikil melata,
...Pekan yang tua,
......Belantara hutan dirata jalan;
Sejengkal cuma kail dipunya,
...Pesan rang tua,
......Gelora lautan diduga jangan.
.
...Risau sesak di ibukota,
......Berlaga lengan,
.........Silap jalan balik ke pangkal;
...Kalau hendak seribu daya,
......Menduga lautan,
.........Harap bukan kail sejengkal.
.
Tempias basah banjirpun basah,
...Takkan karam melanda gurun;
Berkias sudah sindirpun sudah,
...Takkan diam tanda gerun?
.
...Kapal malam bawa karun,
......Memecah ombak sampai karam;
...Bukan diam tanda gerun,
......Mengasah tombak sampai tajam..
.
Ombak samudera tanda bahaya,
...Sampan geluk alamat tenggelam,
......Raja nujum tak mampu bertahan;
Tombak lama tiada nyawa,
...Simpan di gebuk buat pekasam,
......Taja di muzium ilmu tontonan.
.
...Ombak bukan sebarang ombak,
......Ombak jauh lautan Sunda,
.........Kapal Cina sarat muatan;
...Tombak bukan sebarang tombak,
......Tombak sepuh intan permata,
.........Kalau kena alamat jalan.

Friday, August 28, 2009
AYAH LEWAT USIA
.
Siapa sangka siapa duga,
Akhirnya jodoh tiba juga,
Ingatkan dah tersasar bujang tua,
Disuruh nikah lengahkan juga,
Asyik leka, enjoy dan career.
.
Dalam diam sibuk semena,
Merasa juga bercahaya mata,
Ayah tua sabar orangnya,
Senanglah anak dapat bermanja,
Silap arah besarnya mengada-ada.
.
Anak teman selesai menengah,
Anak awak baru nak kenal sekolah,
Anak teman lincah dan gagah,
Awak kejar anak pun termengah-mengah.
.
Anak awak disangka cucu,
Teman-teman dah mula nak bermenantu,
Anak teman sanding sebahu,
Anak awak baru nak putus susu.
.
Di rumah sibuk menukar lampin,
Teman di luar sewat motor test engine,
Sport cars, motor besar bertukar-tukar,
Awak MPV jenuh susun askar.
.
Teman di golf course 18-holes,
Balik rumah tidur berdengkur,
Awak bersungut anak kencing bertabur,
Disuruh tak boleh,
jengkel pulak tu bila ditegur.
.
Setahun dua usia pencen,
Anak yang tua pun belum dapat lesen,
Yang bongsu baru nak kenal kindergarten,
Mujur juga anak tak sampai sedozen,
Kalau tidak harus badan cepat condemn.
.
Panjang usia dapatlah son & daughter-in-law,
Merasa bercucu tak berani nak khabar,
Manalah tahu esok lusa dah tak sedar,
Siang malam berdoa diatas tikar.
“Ya Allah, cepatlah anak-anak aku ni besar!”.
.
taman melawati, kuala lumpur,
16:30 ptg,
01hb. April 2004.
Yang tersurat:
Kenyataan dan ramalan hari mendatang. Den_nai bernikah pada usia yang agak lewat juga iaitu mencecah 35 tahun. Bukan den_nai tak cari tapi kan jodoh dan pertemuan itu di tangan ALlah? Sudah begitu suratan Nya.
...Tabuh kumandang dini hari,
.......Azan bergema subuh menjelang;
...Jodoh kan datang namun dicari,
.......Sakan dipaksa gaduh memanjang.
Nak hurai ke pantun ni? Tak payahlah kan; nanti umpama cerita dalam cerita; alkisah seribu satu malam, terseret-seret meleret-leret. Tapi dah terlanjur menyebut tu, den_nai sentuhlah sikit. Ringkas. Pada pembayang – subuh melambangkan permulaan hari yang baharu, umpama pernikahan itu sendiri merupakan suatu penghidupan yang baharu. Pada maksud pula erti gaduh di sini bukannya sengketa malah gelisah yang merunsingkan benak.
Ditakdirkan sesuatu, pasti ada hikmah, itupun kalau kita ingin melihatnya. Den-nai dapat rasakan tahap toleransi den_nai meladeni kerenah anak-anak agak extra sikit; “…ayah tua sabar orangnya”. Iyalah tu! Sesekali terpekik juga amarah bak halilintar dikala sepi. Mungkin juga den_nai sebenarnya letih badan melayan bebudak ni; jadi dibiar aja anak-anak tu berperangai. Bila dah agak keterlaluan barulah ditegur. Secara tak lansung threshold tu dah berganjak sedikit.

Friday, August 14, 2009
PANTUN PESAN BERPESAN
.
Sirih carang sirih kerakap,
....Susun bersusun sirih rakit;
Pilih pandang pilih cakap,
....Santun bersantun sisih penyakit.
Yang tersurat:
Sirih. Terlalu selari dan sinonim dalam peradaban Melayu. Itu dahulu; ialah, sekali air bah, sekali pantai berubah. Sirih kini tinggal (moga kekal diletakkan pada) status symbol dalam majlis-majlis adat tertentu. Walaubagaimanapun, dari sudut perubatan, sirih telahpun melewati proses metamorfosis; seiring meniti kemajuan teknologi. Hadirnya hari ini bukan hanya berbentuk helaian, malah pelbagai – kapsul, cecair, losyen dsb. Pemakaiannya juga tidak lagi terbatas dalam lingkungan masyarakat tetentu sahaja.
Yang tersirat:
Ahh…pantun, subjek kegemaran den_nai. Sejujurnya, pantun ini antara pantun favourite den_nai kerana ia merupakan pantun yang hampir sempurna dari kaca mata den_nai. Mengapa? Mari kita analisis pantun ini…
Sukukata. Dalam sesebuah pantun yang baik jumlah sukukata yang digunakan seeloknya berjumlah 8 hingga 10 pada setiap baris. Pantun den_nai menepati ciri ini.
Susunan pantun. Lazimnya pantun berima a, b; a, b. pada penghujung setiap baris sudah cukup baik. Den_nai telah berusaha menyusunnya lebih dari itu, yakni bukan sekadar pada penghujung baris malah pada setiap perkataan yang dipilih. Sila rujuk padanan sukukata setiap patah perkataan yang den_nai gunakan.
Sirih carang sirih kerakap, (9 sukukata)
....Susun bersusun sirih rakit; (9 sukukata)
Pilih pandang pilih cakap, (8 sukukata)
....Santun bersantun sisih penyakit. (10 sukukata)
Pembayang. Sirih, unsur peradaban Melayu diketengahkan. Namun, apa itu sirih carang, kerakap dan rakit? Sirih carang adalah sirih berdaun muda, sementara sirih kerakap adalah sirih yang di bawah daunnya kasar dan keras – pastinya daun sirih tua. Sirih rakit pula adalah susunan daun sirih yang berjumlah sebanyak 120 helai. Terus terang den_nai katakan yang den_nai tidak tahu apa signifikannya 120 helai itu tetapi den_nai mengambil maksud ramai; juga percampuran daun tua dan daun muda turut melambangkan pergaulan mayarkat majmuk. Susun bersusun sudah tentulah yang teratur dan mengikut susur galur tesendiri.
Maksud. Ini jelas, tak perlu rasanya den-nai terus bersuluh dalam terang. Apapun budaya Melayu mementingkan supaya seseorang itu memerlihara tingkah laku di mana juga ia berada. Pandang di sini bukan sekadar apa yang dilihat malah turut berpengertian sudut pandangan atau buah fikiran. Oleh itu apabila mengutarakannya;
“...rambut tidak putus, tepung tidak berselerak”, pastikan tidak menyinggung pihak yang mendengarnya. Terpeliharanya tertib susila, maka tersimpanglah segala macam kekusutan.
Yang terseret:
Pantun ini adalah pantun pembuka (rangkap pertama) pada siri pantun berkait yang pernah den-nai hantar untuk pertandingan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Jangankan menang, disebutpun tidak. Banyak syarat yang den_nai langgar. Itulah, bila orang tak pandai nak memandai-mandai; segala usaha habis tergadai.
Minta pinang sehiris, gambir secebis. Alahai, kapur pun dah habis...
"Ayu, keropok ada?"

Friday, August 7, 2009
TANJUNG ITU
.
Tanjung itu,
Harumnya kini tidak seperti dahulu,
Pernah semerbak menusuk kalbu,
Kini tercari-cari wangi itu.
.
Apakah terganggu deria ini,
Diusik noda haruman asing,
Atau hilang sudah cetusan itu,
Berbanding wangian lain.
.
Tanjung itu,
Suatu ketika sepi menyelubungi,
Hanya pukulan ombak memecah damai,
Terik mentari serasa permai.
.
Apakah salah pandangan ini,
Tenteram tiada terlihat,
Kotak-kotak huni berjungkang-kalang,
Manusia, jentera simpang-perenang.
.
Kemanakah tanjung itu,
Tiada ia ternampak lagi,
Apakah rebah menyembah bumi,
Atau berselindung di balik kotak-kotak huni.
.
Wangi tiada lagi,
Sunyi makin sepi.
.
danau kota kuala lumpur,
15hb Ogos 2003
Yang tersirat:
Peredaran masa. Pertukaran zaman. Pembentukan sifat. Perubahan alam.
Semasa den_nai tinggal di Kampung Pasir Puteh, Batu 8, Labu; sedari lahir sehingga mencecah usia 6 tahun, ada waktunya kami akan pulang ke kampung di Kampung Jirat Tok Budi, Rembau, samada berhari raya, kenduri kendara dan semestinya tatkala berlaku kematian. Sekitar lewat 60-an dan seawal 70-an, di kebanyakan perkampungan, air masih lagi dari telaga dan malam berterang pelita atau lampu gasolin dan sinar bulan.
2 rangkap pertama adalah Bunga Tanjung. Semasa menanti gilir mandi di perigi baruh, kami (den_nai dan seorang-dua dewasa mengawasi) akan bertinggung di bawah pohon tanjung. Lazimnya di kedinginan pagi sebegitu, tatkala pancaindera masih separa sedar, haruman bunga-bunga tanjung tersebut tidak pernah gagal membangkitkan kesegaran pagi. Diremang kabus melitupi rimbunan hijau sawah padi serta kejauhan saujana penghujung titiwangsa amat mengujakan.
Anak kecil di alam serba baharu. Segalanya amat mengesankan. Pohon tanjung itu telah lama ditebang. Seingat den_nai pohon tersebut amat tinggi dan rendang, tidak seperti pohon-pohon tanjung baka sekarang. Walaubagaimanapun den_nai hanya berketinggian kurang satu meter ketika itu; harus sahaja segala yang menggelilingi den_nai menunjang, menggapai, menjulang dan sebagainya dari perspektif mata anak kecil.
Kini haruman bunga tanjung amat payah singgah ke deria ini meskipun den_nai lalu di bawah pohon tersebut yang berderet dan berbunga. Harus didekati dan diamati betul-betul untuk menikmatinya kembali.
2 rangkap seterusnya adalah unjuran tanah yang menganjur ke laut; Teluk Kemang, Port Dickson tentunya, singgah di benak den_nai semasa menulis puisi ini. P.D kini tidak seperti dahulu lagi. (Terlalu komersil. Its not entirely bad, really, but its not then…)
Itu Teluk Kemang tiga-puluh tahun yang lampau. Arus permodenan telah lama singgah ke Port Dickson Cuma den_nai yang sekali sekala menjengoknya kini. Oche’ Mok pun semakin uzur, setia meniti usia meladeni isterinya, Oche’ Semah yang telah tidak dapat melihat mahupun bergerak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Cantik pasangan itu. Semoga den_nai dan Ayu mampu meniti usia kami sedamai itu.
Rangkap ke 5 merujuk kepada kedua-duanya, si Kembang dan si Tanah, secara simboliknya bersua tetapi tidak kelihatan. Masih wujud cuma perlu diteliti untuk ditemui.

Friday, July 31, 2009
SYAIR DODOI ANAK AYAH
.
Indah Nurani permata ayah,
Pejamkan matamu janganlah gundah,
Runsing bondamu risau dan resah,
Tidur anakanda mimpi-mimpi indah.
.
Murni Kasehku junjungan kalbu,
Lena tidurmu sesudah menyusu,
Doa ayahanda serta bondamu,
Dewasamu nanti kasihkan ilmu.
.
Indah dan Murni cantik bistari,
Elok lakumu molek pekerti,
Sopan dan santun menghiasi diri,
Semurni kasihmu seindahnya nurani.
.
sentiasa berubah sedari 2001
taman bakti, ampang
Yang tersirat:
Seperti pembaca budiman sedia maklum, Indah Nurani dan Murni Kaseh adalah nama kedua anakanda den_nai. Tiada yang tersirat-berselirat pada syair ini. Nyata dan tersurat. Bait-bait inilah yang senantiasa den_nai bisikkan tatkala megulit menidurkan kedua puteri den_nai.
Lebih kepada memujuk dan berdoa mengharap.
Yang tersorot:
Ada ketika, Murni seringnya, menyatakan ia tak mahu didodoikan; dek seorang terkepit di kiri dan seorang di kanan, terpaksalah digugurkan serangkap pada nama yang terbabit atau diubahsuai syairnya menurut keadaan.
Walau apapun yang paling membuatkan den_nai kembang hati ialah apabila anakanda kedua bersuara meminta; “…ayah, dodoikan…”.
Maha suci ALlah.
Yang tersurat:
Indah sering keliru dan khayal di alamnya sendiri sementelahan Murni always consumed with questions awaiting answers. Adakala tak telarat nak menjawab; but answering them I did, as factual as to my knowledge and delivering them at her level of comprehension.
Seorang ayah tidak sepatutnya membanding antara anak-anaknya, but I can’t help to err. Often than never Indah would repeat the same question(s) over and over again to my chagrin. Imagine answering to mundane, ‘…sekarang pagi ke ayah?” every other day, twice or thrice in a row. Angry? Yes, but I’m far more concern…
Adakah kerana masin mulut seorang ayah yang sering membisikkan ke telinga mererka, “…tidur anakanda mimpi-mimpi indah” dan “…dewasamu nanti kasihkan ilmu”?
Sungguhlah kata-kata itu suatu doa. Wallahu’alam.

Friday, July 17, 2009
PUTEH SEROJA
.
“…kita panggil anak kita” bisikku,
Simbolik penuh makna,
Perlambangan di sebalik nama.
.
Putih tanda bersih, penuh suci,
Ditulis ejaan lama,
Agar tidak begitu ketara.
.
“Putih!” Protes isteri,
“Itu pangilan kucing,
takkan sebegitu nak abang samakan!”
“Janganlah bang, kesihan anak kita…”
.
“Seroja?” balasku pula,
Kembang pelbagai warna,
Mekar berseri rupa.
.
Andai meliar di selut lombong,
Menguntum segar di empangan gunung,
Sekalipun di cemar tasik terapung,
Ditakdirkan putih, kan teserlah juga.
.
“Seroja, itu mirip Hindu,
Dikait juga dengan Kwan Ying,
Goddess of mercy, pengikut Buddha”
“Usahlah bang…”
.
Aduhai…
Lain yang dilambangkan,
Lain maksud yang dimengertikan.
.
Semurni harapan tak kesampaian,
Namun kasih tak berkesudahan.
.
taman melawati,
kuala lumpur,
11:30 pagi
20hb Disember 2006.
Yang tersirat:
Panggillah anak-anakmu dengan nama yang baik-baik.
Bukan senang nak menamakan anak. Den-nai Minang berbahasa Melayu, sekali-sekali terpacul juga dialek Minang dari bibir ini. Apalah guna memberi nama anak Jamil/Jamal (Arab = cantik) seperti arwah datuk den_nai; seandainya berkesudahan dipanggil “Jam” berlenggok Inggeris, bermaksud olesan buah-buhanan bersira (jem) di bahasa kita. Orang kita bila memilih nama bukan main lagi rujuk segala kitab tapi akhir sudahnya tinggal nama tanpa makna, sebab yang tahu maknanya kita sendiri, juga orang yang pandai bahasa Arab atau bahasa asal nama tersebut atau pada yang sibuk bertanya, “…apa maknanya?”.
Bukanlah den_nai memperlekehkan sesuatu bahasa atau tradisi, sekadar mengingatkan diri kita yang adakalanya taksub tak bertempat. Sungguhlah bahasa Melayu itu sendiri meminjam pelbagai bahasa asing, namun banyak kotakasa yang telah sebati dalam lingkungan kita. Gunakanlah. Pasti anak itu sendiri akan membesar, memahami dan menyemarakkan namanya sendiri. Insya’ALlah. Mak dan Ayah kenalah bimbing jugak, jangan pulak lepas tangan.
Alahai Chantek ayah…
Yang tersorot:
Disebalik nama.
Tidak seperti Indah Nurani dan Suchi Rohani, den_nai ingin lari dari konsep nama sebegini (contoh pilihan yang kami ada – Seri Sukma, Anggun Karisma, Mekar Minda). Den-nai sarankan konsep perlambangan iaitu Puteh Seroja tetapi Ayu tidak berkenan. Kami akhirnya sepakat memilih nama Murni Kaseh. Pak Syed kata semoga akan melimpah kasih ALlah kepada anak tersebut. Den_nai aminkan sahaja.
Sesudah didaftarkan, den_nai scan sijil kelahiran tersebut dan menukar Murni Kaseh kepada Puteh Seroja, nak bergurau dengan isteri kononnya. Kalau dapat dibiarkan Ayu menjeruk kok barang seminggu dua. Sepulang den_nai ke rumah lantas ditunjukkan sijil tersebut. Belum apa dah terjurai airmata Ayu; sedih , marah dan kecewa pastinya. Jangankan seminggu, seminitpun tak sampai…
Vogue o vogue (Wok oh wok), meh sini deh…

Friday, July 10, 2009
ISTERIKU MENGANDUNG LAGI
.
Isteriku mengandung lagi,
Dulu katanya dah tak mahu,
Tapi alhamdulillah dah menjadi,
Kalau dulu perempuan,
Kali ini insya’ALlah lelaki.
.
Isteriku mengandung lagi,
Morning sicknessnya kembali berulang,
Pening-pening sakit belakang,
Perut merekah gatal semedang,
Apa nak kata “…sakit buatan orang”.
.
Isteriku mengandung lagi,
Kebaya, kurung tolak tepi,
Cheongsam, evening gown jauh sekali,
Sesekali berbaju punjabi,
Tapi tak apalah asal tak “bonceh” macam roti benggali.
.
Isteriku mengandung lagi,
Asam dan kerepek tak lekang dari jari,
Petang pagi mengunyah tak henti,
Kalau dulu kembar tak jadi,
Manalah tahu kali ini memang rezeki.
.
Isteriku mengandung lagi,
Kini dah jimat barangan kakak sedia terkumpul,
Tapi anak lelaki takkan baju beropol-ropol,
Belanja lagi macamlah duit berkepul-kepul,
Mujurlah Visa belum lagi kantul.
.
Isteriku mengandung lagi,
Letih lesu nampak tak larat,,
Kurang seri malah pucat,
Kembali aku puasa “selera” bersukat,
Tapi sumpah abang tak cari spare parat.
.
Isteriku mengandung lagi,
Bertambahlah meriah rumah kami nanti,
Aku dah congak dua tiga lagi baby,
Lebih riuh barulah dinamakan family,
Isteriku protes, “…abang mengandunglah sendiri!”.
.
taman melawati,
kuala lumpur,
rabu,6hb. Jun 2001
Yang tersirat:
Sejujurnya, puisi ini den_nai tulis seiringan dengan puisi tatkala Ayu mengandung sulung. Secara tak lansung kira sepotong doa jugalah pada masa itu. Mengapa ye, selalu diperbuat trilogi dan bukannya quadrologi mahupun quintologi? Yes! I’m quilty of this crime. Yang ini pun ada susulannya. Akan den_nai paparkan suatu hari nanti, insya’ALlah.

Friday, June 26, 2009
AYAH DIPANGGIL INDAH
.
Kemas sebutannya,
Tiada pelat tiada kucar,
Tiada teragak tiada terketar.
.
Walau mungkin tanpa niat,
Atau pasti tanpa makna,
Kesan di hati tetap nyata.
.
Semi di dada mekar berbunga,
Sinar di mata memancar cahaya,
Nurani di kalbu redup syahdu.,
Kuntum di bibir terukir seri.
.
Panggilan ayah kudengar kini,
Untuk buat pertama kali.
.
taman bakti, ampang,
selasa,
09hb. April 2002..
.
Yang tersirat:
Kutipan pengalaman seberlalunya zaman.
Lain laluan lain pemandangan. Setiap insan akan menempuh peristiwa tersendiri dalam kehidupan masing-masing. Dan adakala, melalui pengalaman yang serupa tetapi melihatnya dari perspektif yang berbeza.
Parah beranak sulung. Segalanya yang satu itulah, permata hati pengarang jantung; racun juga penawar. Den_nai amat terharu, hiba, gembira dan segala macam perasaan berbaur mendengar anakanda seorang menyebut pangillan “Ayah”. Yang menyebutnya Indah, sudah tentulah indah juga bunyinya.

Friday, June 19, 2009
KELAHIRAN
.
Cukuplah den-nai bercerita tentang kematian pada blog-blog yang terdahulu. Beralih kita pada topik yang lebih menceriakan, tentang kehidupan. Yang patah tumbuh yang hilang berganti; walaupun tak serupa, itulah kehidupan namanya...
.
KELAHIRAN
.
Berakhir sudah penantian ini,
Sembilan purnama sepuluh hari,
Walau bukan aku yang mengusung
kesana kemari,
Gelisah terasa perit mencacahi.
.
Kelahiran pertama di lewat usia,
Telah kutunggu sekian lama
Bukan satu malah hadirnya dua;
Didatangkan satu tanpa nyawa,
Seperti tertulis di azali syurga.
.
Kusambut Indah melaung takbir,
Suchi kutatap sepenuh zikir;
Hatiku teruja zuriat pertama,
Jiwaku gelora kehilangan cahayamata.
.
Tidaklah aku bertawa girang,
dek Rohaniku harus kusemadikan;
Tidak pula aku berduka nestapa,
kerana Nuraniku sihat sempurna
ingin kuraikan juga.
.
Sebu dan tepu,
Berjurai bening mutiara,
Menerima anugerah...
seadanya.
.
shah alam,
10:20 pagi,
04hb. Mei 2007.
.
Yang tersirat dan tersorot:
Luka hilang, parut tinggal.
Esok, 20hb Jun 2009, ulang tahun kelahiran Indah Nurani dan Suchi Rohani yang ke-8. Pantas putaran masa. Rasanya baru bernikah semalam. Mujur tak ada hutang tertunggak majlis perkahwinan. Meriah dan penat hari tersebut macam bergema aja lagi; penghujungnya lah.
Indah den-nai azan dan qamatkan, (sungguhpun anak padusi cuma harus di qamatkan sahaja) lewat zahirnya jam 2:20 ptg di Hospital Damai, Taman Melawati. Dalam kelekaan mengamati zuriat pertama, Dr. Hashim menyambut pula kehadiran Suchi pada jam 2:30 ptg. Suchi dibawa ke dunia fana ini bersama tembuni mereka berdua; kembar seiras, ditakdirkan satu tanpa nyawa.
Ayu den_nai tinggalkan sementara, untuk di’kemas’kan oleh jururawat. Indah yang masih merah terpejam di kotak bayi, mata ditutup sambil bersiram sinar kalimantang, juga den_nai tinggalkan. Den_nai ekori Dr. Hashim dan memperhatikannya membelah tembuni mengeluarkan Suchi. Maha suci Allah, telah sempurna sifat anak itu cuma kepalanya telah pipih memberi ruang untuk Indah membesar dalam kandungan. Jemari mulusnya genap sepuluh. Sayu dan pilu…
Kembali Ayu ke wad memulih semangat ditemani Mek dan Mok (ibu dan nenek mertua den_nai). Sejurus den_nai soroti membawa Suchi siap berbalut untuk disemadikan. Den_nai buka balutan menunjukkan Suchi pada Mek dan Mok. Ayu awalnya tidak mahu melihat, sedikit gerun dan menyayat pastinya. Den_nai katakan itulah sekali akan ia melihat anak yang pernah dikandungnya di alam fana ini. Beralah, ditatapi juga akan Suchi dengan linangan air mata.
Dek den_nai bersemenda, ingin den_nai semadikan Suchi di Seremban, walaupun bukan kubur kaum, di kampung laman jugalah kiranya. Bersendirian seperjalanan kurang-lebih 60 minit, fikiran den_nai bergentayangan berbalah fizikal yang in auto-motion. Tak perlulah den_nai coretkan kemana fikiran tersebut menerewang; terlalu jauh tentunya.
Di Seremban Mak dan chulai-chulai dah menyediakan apa yang patut. Sesampai den_nai, kami lansung ke rumah Mak Bidan, merangkap pengurus jenazah. Tanya Mak Bidan, “…mano tembuni eh… tanamlah sekali, toksahlah disengasingkan”. Maka pulang semula ke rumah akan ipar den_nai mengambil tembuni mereka.
Selesai dimandikan, den-nai berselisih pendapat dengan Mak Bidan, katanya itu anak lelaki walaupun den_nai tahu scientifically it’s a girl, then again who am I to argue; furthermore I'm way too drained to contest. Maka berserbanlah jasad anak itu ke liang lahad. Tak apalah, Suchi Rohani pun nama yang mampu dipakai kedua kelamin. Suchi dikebumikan di petak kubur yang sama dengan arwah Izwan Firdaus, albeit at different depth. (Rujuk entri Kenangan Iwan). Garis lembayung mula menampakkan diri sebaik selesai pengurusan persemadian.
Malam itu kami ke Kuala Lumpur untuk meraikan Indah Nurani. Den_nai tak memandu, sekadar termanggu sepanjang perjalanan. Memang payah untuk meyakinkan diri bahawa den_nailah insan yang terpilih. Berapa ramai yang menerima kelahiran anak pertama bernyawa dan tidak serentak? Den_nai seorang darinya. Bahagia dan kesedihan yang bertolak–tarik. Tiadalah den_nai terhilai ketawa seronok juga tidak terisak tangis menghiba.
If you were there then, what would you have said, especially to Ayu? Honestly, the air was so thick that night…

Friday, June 12, 2009
SAKARAT
.
Ini merupakan kemasukan penghabisan trilogi perihal kematian. Memang suram dan menggerunkan. Ada yang mengambil jalan pintas, lansung tidak memperdulikannya. Mati, matilah, habis…? Saudara tidak begitu bukan?
.
SAKARAT
.
Kau;
Wujudmu tak pernah dipeduli,
Hadirmu tak resah dinanti,
Sepimu tak gundah dirindui,
Hilangmu tak runsing dicari,
Datangmu tak girang dirai.
.
Namun;
Tak perlu sembunyi berselindung,
Dek bimbang akan bertembung,
Kerana kau pasti mampir singgah,
Tiba saat tika dan waktu,
Bila lintasan selesai sudah.
.
taman bakti,
kuala lumpur,
8:30 ptg,
05hb. April 2002
Yang tersurat:
Taasub dengan kematian? Usah begitu, sampai tak berbuat apa-apa untuk kehidupan sementara ini. Berusahalah seolah-olah kita akan hidup untuk selama-lamanya dan beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok. Itu pesanan rasul kita.
Semakin lanjut usia semakin keraplah kita berada dalam lingkungan kematian, mungkin juga pernah menghampiri kematian itu sendiri. Den_nai yakin ramai yang gelisah menyebut perihal kematian ini. Yang mati itu pasti, kehidupan ini yang belum tentu. Bersedialah untuk kehidupan apatah lagi kematian.
Yang tersorot:
Suatu kehidupan itu diakhiri dengan kematian, namun dengan setiap kematian itu bermulanya pula suatu kehidupan lain. ALlah menyayangi den_nai. Apakah saudara tidak merasakan bahawa diri saudara juga disayangi ALlah?
And why did I say that?
Berapa ramai yang terpilih untuk menerima kelahiran anak pertama bernyawa dan tidak serentak? Den_nai seorang darinya. Bahagia dan kesedihan yang bertolak–tarik. Tiadalah den_nai terhilai ketawa seronok juga tidak terisak tangis menghiba.

Friday, May 22, 2009
MAUT DAN ANAK ADAM
.
Ini merupakan kemasukan kedua trilogi perihal kematian. Minggu lalu den_nai sepi dari entri blog terkini dek meladeni hati yang kusut berkabung. Kata/tanya seorang teman, “... have you grief yet?”. How apt. At times we deny the fact that we do need to grief and let our emotion flow – no matter how awkward it might feel or how ugly it might look. That just what I did, feeling numb and hopeless, really. Luluh jiwa, relai sukma.
The fact that a buddy’s paternal grandmother passing on (15.05.2009) and Ayu’s uncle demise (19.05.2009) does not lend any comfort to the hollowness of my being. Leaving home for work this morning, from afar, I saw people gathering at a neighbour’s residence. From their countenance, demeanor and dressings, I can only guess. And to deal with this subject matter, poem-wise, is just adding salt to an open wound. But move on I must.
.
.
MAUT DAN ANAK ADAM
.
Dalam sibuk sesak urusan harian,
Tiada terlihat kiri dan kanan,
Tanpa ketahuan tiada perkhabaran;
Pergi seorang anak adam..
.
Apakah melimpah turun hujan,
Simbolis alam mempamer kesedihan,
Atau sekadar kebetulan;
Perginya seorang anak adam.
.
Taulan mahupun kenalan,
Samseng di jalan atau orang kenamaan,
Tiba masa saat ketika;
Pergi lagi seorang anak adam.
.
Baru bertatih mula lepas,
Sudah membongkok membeban usia,
Sihat sejahtera sakit berat;
Pergi juga seorang anak adam.
.
Sungguhpun doa mampu merubah,
Tiada terhindar tiada terkejar,
Tiada diganjak walau sesaat;
Akan pergi anak-anak adam.
.
setiawangsa,
kuala lumpur,
6:00 ptg,
02hb. April 2002
Yang tersorot:
Pengalaman kematian pertama yang kekal di memori den_nai ialah ketika menyambut kelahiran yang ke-4. Den_nai dikejutkan dari siesta berlarutan pada senja tersebut; di ruang tengah rumah atok di kampung, Rembau. Tujuannya; supaya jenazah dapat dibaringkan di situ. Arwah Pak Long Said dikhabarkan tergelincir jatuh setelah pulang dari perigi berwudhu untuk bersolat maghrib. Dikatakan juga malam itu ada upacara nikah jiran sebelah, juga merupakan waris kami. Keraian dalam kematian. Den_nai masih terlalu kecil untuk mengetahui duduk perkara apatah lagi mengingati serbi-serba.
A birthday to remember somehow.
Yang tersurat:
Kematian. Berlaku ia tidak mengira siapa, di mana, bila, mengapa dan bagaimana. Pasti berlaku. Sapu bersih.
Harta atau kesihatan? Pilih. Dengan harta boleh menjamin dan memerlihara kesihatan; ditimbal-balas, kalau sihat barulah selesa dan boleh mencari harta. Dah pilih?
5 perkara sebelum datang yang lima:
1. Lapang sebelum Sempit
2. Sihat sebelum Sakit
3. Kaya sebelum Miskin
4. Muda sebelum Tua, dan
5. Hidup sebelum Mati.
Dah melabur saham akhirat? Sedikit harta/ilmu/jariah sementara masih sihat…

Friday, May 8, 2009
PELANGI WAKTU TERIZIN
.
Nyatalah kawan kita beribu, namun yang akrab boleh dihitung satu per satu. Den_nai kehilangan seorang lagi teman pada 05.05.2009 yang lalu. Kali ini jiwa den_nai serasa lebih parah lagi. Teman ini telah mengisi ruang yang tidak ramai dapat menampungnya. Kini akan kembali kosong ruang tersebut. Mohammad Nefi Imran, selamat tinggal dan berbanyak terima kasih. Hanya ALlah yang akan dapat membalas jasa-jasa abang.
Den_nai tangguhkan trilogi perihal kematian yang telah den_nai lakar untuk memaparkan puisi ini terlebih dahulu. Mungkin kandungan dan pemilihan kata agak janggal bagi seorang teman (kerana ini sebenarnya untuk seorang kekasih) namun pengertiannya adalah serupa.
Al-fathihah
.
.
PELANGI WAKTU TERIZIN
.
sekadar ini waktu terizin
aku redha
terimakasih manisku.
.
pergilah kamu
tinggalkan memori-memori bisu
dalam merah-jingga lentuk tarimu.
.
pasrah aku
waktu kita telah dicatu
telah digalur sedari dulu.
.
tidak akan kutangisi
kerana kau sebenarnya bukan milikku
sungguhpun pernah kau kumilikki
berkongsi hitam-putih raga dan hati.
.
ku akur
ketentuan illahi yang maha mengatur
tiap kelumit tercatur.
.
lakumu akan kularik
biru-kuning tingkah berbolak-balik
kemas segar kurias cantik.
.
.
sekadar itu waktu ku bersamamu
izinkan aku berlalu
bawalah yang terindah kepenghujung hayatmu.
.
bila nanti kenangan itu menyesak kalbu
membeban hidupmu
bebaskan aku
leraikan segala kenangan ungu-kelabu.
.
melangkahlah wahai kekasih
lakari hidup-hidup baru yang tersisa
tiada lagi hijau-firus membelenggu kita
.
terimakasih sayangku
beransurlah kamu
semana mahuku
kau melepaskan diriku
seiring terbenamnya pelangi waktu.
.
taman melawati, kuala lumpur,
11:40 pagi,,
17hb. april 2008.
.
Yang tersurat:
Confused? Well, at a glance, it’s a tad confusing, I give you that much. Untuk meredakan sedikit kekeliruan tersebut, den_nai memisahkan rangkap-rangkap ini pada tulisan biasa dan italized. Tiada signifikan pada pemilihan bentuk tersebut sekadar membezakan. Sila ulang baca. Make sense? Belum Lagi? Then read on below…
Yang terserat:
It’s a conversation piece. However there’s a twist to it. A conversation between a dead and a living person. Lebih kurang message from the grave (khabar dari kubur) lah kiranya. Again seperti beberapa puisi den_nai yang lain, ini terlingkung dalam kategori “letting go”.
6 rangkap pertama, sang bernyawa melafazkan pada kekasihnya selamat tinggal. Redha akan ketentuan ALlah dalam perencanaan hidup mereka, insan ini akan meneruskan kehidupannya dengan memori yang ditinggalkan simati. Terkesan tentunya.
4 rangkap yang menurut, adalah balas bicara simati; juga turut memohon agar meredhai kepergiannya. Pesan pada kekasihnya; “…yes you may cling to those memories but should it burdens you dan hidup ibarat zombie, let me go, move on…”. Pertemuan di alam fana ini sememangnya singkat dan tersukat.
Then again, it could be a piece from a person who thinks he’s composed enough to hold his composure (read, moi); saying to the loved one, “… if you’re gone, I’ll be saying this, and if I’m gone you’ll be reading (I’ll be saying) this.."
Yang tersirat:
PELANGI, rainbows. Pemilihan kata pelangi pada waktu melambangkan kepelbagaian masa yang direntas, merakamkan peristiwa-peristiwa yang beraneka tercipta diantaranya. Memorilah tu.
A friend suggested; “…tapi memori itu tidak bisu, it’s always loud.” I do agree at some point but the movie that plays over and over again in your head is silent. You put the music, lyrics and the narratives to a point its sound effects. That is when the memories become loud and alive, enough to yank your emotion and tear them to pieces; or make you heart aflutter and afloat. Such a memory does.
Merah-jingga lentuk tarimu. Merah dan jingga is always vibrant. Colours that catches the attention. Lentuk tarimu represent something enchanting. Sesuatu yang melekakan dan membuai perasaan.
Hitam-putih raga dan hati. Hasad dengki, iri. Umpat keji, nista, dusta. Tipu, helah, muslihat. Hitam belaka. Ikhlas, jujur, mulia. Sopan, santun, susila. Hormat, patuh, setia. Putih segalanya. Berkongsi rasa dan ilham.
Biru-kunung tingkah berbolak-balik. Blue movie. Otak kuning. Blue blood. Kuning Diraja. Royal and royalty. Kinky and naughty.. Ironis? Go figure. Itulah simbolik kedua warna ini. Biru turut menggambarkan kedamaian dan ketenangan. Kuning pula kemeriahan dan kecerian.
Ungu-kelabu. Not very flattering colours. Seharusnyalah dipohon untuk dileraikan. Ungu itu sendiri menarik, namun bila dipadankan dengan kelabu ia menjadi suram. Kelabu itu menangkas seri dan melabuhkan kekusamannya.
Hijau-firus membelenggu kita. Green, the colours of jealousy. Tiada lagi cemburu dan iri hati yang akan mengikat hubungan ini. Titik pemisah telah jelas. Turquoise, the colour of healing and comfort. Tiada lagi alunan suara kata-kata penawar yang memujuk. Telah terputus segalanya.
Sebegitulah pelangi waktu yang diizin ALlah. Colourful indeed.
Yang tersorot:
Semakin menghimpun usia, semakin beragam pula himpunan kehidupan yang terhimpun. Pelbagai dan berbagai. Akhir-akhir ini den_nai banyak juga sorting dan sunting memori-meori terpilih. Sempadan dan tauladan.

Friday, April 24, 2009
LINTASAN
.
Seorang teman sekolahan den_nai di MRSM Seremban meninggal dunia kelmarin. Den_nai bersalah kerana bertangguh untuk mencari dan menemui beliau setelah meninggalkan alam persekolahan menengah, 28 tahun yang lalu. Al-fathihah untuk saudara Ahmad Nizar Abdul Karim. Goodbye my Gentle Giant.
.
Berikut merupakan kemasukan pertama trilogi perihal kematian. Memang suram dan menggerunkan. Ada yang mengambil jalan pintas, lansung tidak memperdulikannya. Mati, matilah, habis…? Saudara tidak begitu bukan?
.
LINTASAN
.
Ratap dan tangis,
Mengiringi kujur tubuh itu,
Menuju tapak persemadian abadi;
Tempoh bersama telah tamat.
.
Zikir dan doa,
Memagari jasad itu,
Sementara ingat masih terpahat;
Semoga selamat di alam akhirat.
.
Congak dan catur,
Melihat kelonsong nyawa.
Dilongsor turun ke liang lahat;
Berkira-kira apa yang bakal didapat.
.
Sinis dan tragis,
Membiar bumi menghempap berat,
Gah dahulu berpangkat dan berdarjat;
Tinggal kini dibela amal dan ibadat.
.
taman melawati,
kuala lumpur,
10:50 pagi,
02hb. April 2002.
Yang tersurat:
Merenung erti kematian. Yang meninggalkan dan yang ditinggalkan. Andainya saudara sedang membaca, pastinya berada dalam ketegori yang terkemudian. Benar, tempoh bersama secara lahiriah telah berlalu. Yang tinggal hanyalah kenangan demi kenangan, mahu di simpan kemas atau dilontar jauh. Manis mahupun pahit. Terserah.
Berlalunya sorang anak adam meninggalkan tiga perkara:
1. Anak yang soleh nan senantiasa mendoakan akan ia (si mati)
2. Harta yang telah dibelanjakan kerana ALlah, dan
3. Ilmu bermanfaat yang diperturunkan, dipelajari serta diamalkan.
And mind you, these grow exponentially.
Untuk den_nai, biarlah pahit sekarang, moga manis di alam barzakh dan akhirat. Berhati-hati melintas.

Friday, April 17, 2009
RODA KEHIDUPAN
.
Anak-anak muda segak bergaya,
Berdomba akal fikir,
Bersulam suap santap remah,
Jelik rasa disiah pinggir.
.
Merengkok di pojok,
Benak berselirat segala fikir,
Terkulat menelan air liur,
Melihat rezeki seenak dibazir.
.
Teragak melangkah menghampir,
Harga diri dibenam kabur,
Ditampung tangan jari menunjuk,
Agar remah sudi dihulur.
.
Antara kerling dan lirik,
Belas dan kasihan masih bersulam,
Secebis dua usaha sedetik,
Berpindah milik barang segenggam.
.
taman melawati,
kuala lumpur,
11:40 pagi,
02hb. April 2002.
Yang tersorot:
Beberapa hari terdahulu, sebelum tercoretnya puisi ini, den_nai bersama teman-teman menikmati ayapan tengahari di sebuah restoran terbuka yang agak permai juga sambil berbincang tentang kerja pejabat melibatkan kerenah birokrasi yang sering menghambat kelancaran tugasan kami. Dalam pada itu ‘memocek’ (mengomel dan komplen) tentang hidangan yang tersedia. Ah! Manusia; sentiasa tiada pernah puas apatah lagi bersyukur!
Dari sudut mata, bayangan seorang geladangan menampakkan diri. Dalam dunia yang diciptanya beliau memerhatikan kami dari kejauhan itu. Sejenak den_nai menoleh tepat ke arahnya, beliau bingkas bangun, terhenti sejenak, melangkah, terhenti lagi, lantas melangkah menghampiri kami walau sedikit teragak-agak.
Menjaga jarak, tiada patah bicara yang terlontar, hanya sekadar gerak laku bisu yang diaksikan; memohon belas agar makanan yang kurang enak di selera kami diagihkan untuk beliau yang jelas kelaparan. Beliau tahu, andai tidak diberikan padanya sekarang pasti pelayan restoran akan mengherdiknya sambil membuang sisa-sisa makanan tersebut.
A man’s waste is another’s luxury. Den-nai termalu sendiri.

Friday, April 3, 2009
TINTA MERAH (Ingatan buat Zed)
.
Pada helaian putih ini,
Yang sentiasa pasrah menerima,
Apa juga yang dicatit dan tercalit,
Sedikit atau banyak kait-berkait,
Setia bersama tinta biru.
.
Pada helaian bersih ini,
Rahsia alam tersemi sedikit cuma,
Dusta dan nista disemai merata,
Diajar dipelajar sekata maju,
Setia bersama tinta biru.
.
Pada helaian suci bening ini,
Dipenuhi bait-bait ikhlas,
Tersirat dan tersurat bertimbal balas,
Bekalan duniawi dan ukhrawi,
Setia bersama tinta biru.
.
Pada helaian-helaian ini juga,
Kau dengan lirikan tajam,
Membelalak dan mengintai,
Angguk mengia geleng menidak,
Lalu kau coretkan tinta merah.
.
taman bakti,
kuala lumpur,
20:05 mlm,
01hb. April 2002.
Yang tersorot:
Alahai Zed. Ini teman den_nai sedari umur 12 tahun. Sedikit eccentric orangnya namun tidak lokek ilmu. Tanggapnya terhadap yang lain, dikenali mahupun tidak, sentiasa positif. Kagum sangat den_nai akan sifatnya yang satu ini. Kadangkala tertanya juga; “…iyalah tu?”, tetapi hatinya memang mulia.
Puisi ini adalah pancaran atau refleksi puisi Zed yang pertama terpahat di hati den_nai. Tidak keterlaluan seandainya den_nai mengakui bahawa ia juga adalah sepuhan kepada ketagihan berkarya. Ketika itu kami berusia 16 tahun, tingkatan empat. Bait-bait puisi asalnya den_nai sudah lupa sementelah Zed sendiri tidak menyimpannya. Sedikit sebanyak kandungannya begitulah, menyindir dan meletakkan seorang guru di tempatnya dalam memberi tugasan, seterusnya meneliti tugasan tersebut. Namun maksud tersirat lebih luas dari itu dan seandainya saudara mempunyai tafsiran sendiri, alhamdulilLah.
Pertemuan pertama dengan Zed adalah di bilik C17, Hostel C, Maktab Rendah Sains MARA Seremban. Arwah abah Zed, Abdul Manan Omar dan maknya, Sa’ayah Jamil yang den_nai panggil Abah dan Mak Yah berasal dari Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Alkisah, 1977 kami merupakan anak harapan MARA yang dikutip dari daerah-daerah pendalaman (ketika itulah) untuk digilap potensi masing-masing. Abah dan Mak Yah turut berkenalan dengan arwah ayah dan mak serta menitip Zed untuk dijenguk arwah ayah. Dari situlah bermulanya persahabatan dan persaudaraan yang terjalin pada tahun-tahun mendatang.
Fast forward ke bumi asing, Amerika Syarikat. Kami setempat bersama buat seketika di Duluth, Minnesota. Seterusnya kami berpisah untuk beberapa tahun berikutnya. Kami hilang khabar selama lebih kurang 5 tahun lamanya. Mencari identiti diri dan hala tuju masing-masing. Kononnyalah. Kami tak ambil tahu apa yang seorang daripada kami buat, dan kami tak mahu yang seorang lagi tahu apa yang kami buat. Begitulah gamaknya. Tapi dalam arus perubahan alam telekomunikasi (and the wiggling waggling tounges), berita elok dan yang tak elok tu singgah juga ke telinga yang seorang lagi.
Zed is a true artist. Jiwa seninya sentiasa terpancar biarpun di mana dia berada. A man true to his art. Zed pernah menyebut bahawa arwah Ka’ Chek (ingat Ruslan dari blog - Kenangan : Iwan)) lah yang melonjakkannya ke dunia seni. Salah satu hari lepaknya di rumah arwah ayah, Zed ada melakar lalu menunjukkan hasil kerja tersebut kepada arwah Ka’ Chek. Arwah memuji artwork itu dan kata Zed lagi pujian itu telah menanamkan keyakinan pada dirinya. Menarik bukan? Kami di awal belasan tahun pada waktu itu. Jadi ingatlah wahai ibu-ibu, bapa-bapa atau sesiapa sahaja yang sedikit dewasa, berilah sedikit peransang kepada anak-anak kecil dan remaja kita. They are very impressionable.
Zed, if you are reading this, tak perlu membelalak dan mencoretkan ia dengan tinta merah.
Assalamualaikum.

Friday, March 20, 2009
TUNTUTAN KEMAJUAN
.
Kemajuan perlukan pengorbanan;
Pohon demi pohon rebah,
Bukit demi bukit habis ditarah,
Lembah dan lurah berubah wajah,
Litup bumi selesai punah,
Yang teserlah merah tanah.
.
Kemajuan perlukan pengorbanan;
Dahulu unggas riang berterbangan.
Berlari lompat ungka dan kera,
Redup memandang hutan menghijau,
Kini perit bahang dirasa,
Mergastua lesap entah kemana.
.
Kemajuan perlukan pengorbanan;
Basa-basi kini sudah basi,
Tingkah-laku tidak lagi bepekerti,
Tata-susila menyusah diri,
Sopan-santun hilang sepi,
Luput musnah jatidiri.
.
Kemajuan perlukan pengorbanan;
Jiran tetangga kurang bertegur,
Pantang larang satu persatu gugur,
Adat istiadat turut berkubur,
Garis peradaban mulai kabur,
Yang muncul congak dan catur.
.
Kemajuan merapatkan sempadan,
Jurang pemisah kononnya berkurang,
Satu dunia satu peradaban.
.
Namun,
Apa gunanya kemajuan,
Andainya yang diperlukan semua terkorban!
.
setiawangsa, kuala lumpur,
isnin, 17:45 ptg,
01hb April 2002.
Yang tersirat:
“Biar mati anak jangan mati adat”; biasa dengarkan? Saudara juga pernah diperdengarkan dengan ungkapan, “…kalau anak dah mati, siapa nak menyambung adat!”. Betul jugakan?
Tapi perumpamaan orang dulu-dulu bukannya sekadar maksud yang tersurat sahaja. Memanglah kita tak mahu anak kita mati dek kerana apa sekalipun. Katakanlah adat menyatakan bahawa setiap anak pertama mesti dibunuh! Amacam? Double jeopardy. Lagi haru!
Maksudnya, andai anak dan adat diberi perbandingan dan pilihan, utamakan adat dahulu, kerana adat itu bangsa, rumpun kita. Perteguhkanlah. Bekorbanlah kita, hatta, seorang anak sekalipun demi untuk rumpun bangsa sendiri.
Banyak perkara yang berlaku di luar jangkaan dan kawalan kita atau kita sebenarnya membiarkan ia berlaku dan menjangka kawalannya. Erti kata lain, kita sebahagian dari perubahan itu tersebut tetapi lebih mencatur untuk diri sendiri dan lingkungan terdekat sahaja.
Adakah kita semakin menjurus menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing?

Friday, March 13, 2009
SUARA AYAH YANG KUINGAT
.
Suara ayah tak kudengar lagi
Telah lama ia menyepi
Pergi ayah tidak kembali
Pergi ia menemui Illahi
.
Suara ayah tidak kasar
Bila menegur penuh sabar
Alunannya mendatar biarpun bertengkar
Seingat yang aku dengar
.
Suara ayah tidak halus
Sekali menyebut kudengar terus
Memberi nasihat lembut mulus
Seingat yang aku arus
.
Suara ayah tidak nyaring
Kalau marah tidak menengking
Elok diucap kemas disunting
Orang menerima tidak melenting
.
Suara ayah tidak parau
Sopan bicara tiada ber aku-engkau
Sesekali terhilai juga tatkala bergurau
Seingat yang aku jangkau
.
Suara ayah tidak merdu
Apatah lagi kalau berlagu mendayu
Dibawa bersyairpun sekadar gitu-gitu
Seingat yang aku tahu
.
Suara ayah tidak gemersik
Bergempita juga bila amarah menjentik
Dikawal tawa tiada terkekek-kekek
Orang bersama jadi tertarik
.
Tiadalah gugup tersangkut-sangkut
Nadanya lembut iramanya patut
Baitnya kemas tuturnya segar
Bicaranya tegas sebutannya lancar
Begitulah kuingat suara ayah
Walaupun tidak lagi kudengar
.
taman melawati, kuala lumpur
28hb. Mac 2002.
Yang tersorot:
Over romanticized? You betcha!
Walaubagaimana pedih dan perit sekalipun, setelah di kocak masa, akan luntur juga getirnya. Hatta berlainan pula kalau yang manis, bertambah enak jadinya. Begitu sekali minda dan masa bila bergabung. Arwah ayah meninggal dunia pada tanggal 31hb. Julai 1990 pada jam 11:00 malam. Arwah berusia 61 tahun 20 hari tatkala itu.
Den_nai mencecah bumi Malaysia pada jam 2:30 petang hari tersebut setelah delapan tahun merantau ke bumi asing. Arwah bersama kerabat yang lain menjemput den_nai di lapangan terbang Subang (kini memori), lansung ke kuarters kerajaan Laman Peel (juga memori kini), rumah Kak Ngah. Berlabuh di sana sebelum pulang ke Seremban.
Kata orang arwah memang menunggu kepulangan den-nai sebelum pulang ke rahmat ALlah. Ralat? Kesal? Sudah tentu tidak. Sedikit terkilan ada juga terlintas. Mana mungkin den_nai kesal malah bersyukur yang teramat sangat; setidak-tidaknya den_nai bersua arwah di akhir-akhir hayatnya. Yang terkilan antaranya - arwah mengajak den_nai bersama makan pada petang itu tapi den-nai menolak. Yang selebihnya kerana tak berkesempatan berkongsi masa dan rahasia menjelang den-nai ‘dewasa’.
Setelah parkir di laman rumah, kami mendukung yang kecil-kecil (keponakan) masuk dan mengangkat barangan ke dalam rumah. Agak berlarutan juga masa memandangkan kami pulang dua buah kereta. Melangkah semula ke perkarangan rumah den-nai melihat arwah seolah-olah sujud ke bumi. Sangkaan den-nai arwah melihat-lihat tayar kereta atau apa sahaja ulah kenderaan tersebut sehingga den_nai hampir dan terdengar dengusan arwah. Lantas den_nai terjerit memanggil yang di dalam rumah, “…ayah tumbang!”.
Mengusung arwah ke dalam ruang tamu, den_nai rasa disitulah arwah menghembuskan nafas terakhirnya, di rumahnya sendiri. Den_nai dikhabarkan kemudian bahawa itu merupakan serangan jantungnya yang ketiga. Kami amat bersyukur kerana arwah tiba selamat ke rumah dan tidak ajal dalam perjalanan. Bayangkanlah kemungkinan-kemungkinan yang lain. Musibah tentunya. Den_nai pasti ALlah mengurniakan permintaan-permintaan terakhir ayah. Den_nailah orang yang penghabisan berbicara dan mendengar bicara penutupnya “…boleh”. Maka terbitnya SUARA AYAH YANG KUINGAT. Apa maksud di sebalik kata-kata itu biarlah den-nai menyimpannya sendiri. Cukup sekadar den-nai katakan sememangnya arwah menanti kepulangan den-nai.
Literally, I came home to bury my father.
Arwah seorang guru besar. Sedari den_nai lahir, arwah mengajar di Sekolah Kebangsaan Labu Ulu sehinggalah 5 tahun terakhir arwah mendidik; arwah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Ampangan. Daripada berulang-alik 50km sehari ke 5km. Arwah bukan sahaja seorang guru; apa kerja yang tidak dibuatnya? Arwah – jack of all trade, al-maklumlah guru anak sembilan, faham-faham ajalah. Pernah den_nai melihat sendiri arwah menjahit pakaiannya yang robek dek tak mahu menyusahkan emak.
Sememangnya yang dipuisikan indah belaka, seolah-olah arwah tiada celanya. Tidak dinafikan arwah manusia biasa, namun kalau dibandingkan yang jengkel, harus tenggelam dek kebaikkannya. Murni seorang pendidik, jariahnya berkembang exponentially.
Teaching anyone?
Al-fathihah.

Friday, March 6, 2009
HARI-HARI BERLALU
.
Hari-hari terdahulu
Tidak akan berulang
Usia remaja tinggal kenangan
Bingkas ke sana ke mari tiada sempadan batasan
Bebas lepas
Aku orang bujang
Namun adakala aku kesunyian
Resah gelisah termanggu keseorangan
.
Hari-hari begini
Tidak seperti hari terdahulu
Aku kini sudah berteman
Berdua tiada lagi kesepian
Seperti belangkas sentiasa seiringan
Mata-mata cemburu melihat berterusan
Yang menjeling jemu-meluat juga tidak kurang
Namun aku terikat
Melangkah punya had dan titik garisan.
.
Hari-hari mendatang
Memang tidak seperti hari ini dan yang terdahulu
Tubuh-tubuh mungil dan suara-suara kecil
sentiasa berderetan dan bersahut-sahutan
Dekerumun dan dijerimpit
Tiada lagi saat bersendirian
Namun pasti aku keriangan
Hidup ini akan berterusan
Biarpun aku bukan lagi ada di dalam.
.
taman melawati, kuala lumpur,
5:00 ptg,
13hb Mar 2002.
Yang tersirat:
Suatu peralihan waktu yang pasti dilewati semua. Peralihan waktu itu sendiri maksud den-nai. Apa yang berlaku ketika waktu beralih berbeza bagi setiap individu. Antara ketetapan dan pilihan. Bagi yang mempercayai Qada' dan Qadar ALlah, ketetapan itu mudah diterima. Namun jangan pula lupa berusaha dan berdoa kerana berubahnya sebarang ketetapan itu hanya dengan doa. Tentang pilihan pula, apakah ungkapan "tepuk dada tanya selera" masih diterima-pakai, atau ia lebih bersifat ke-AKU-an kini?
Entahlah, den_nai kadangkala terperangkap tatkala cuba menerangkan apa yang difahami dan memahami apa yang diterangkan.

Friday, February 6, 2009
SAPUTANGAN PEMBERIAN ISTERI
.
Isteriku membeliku saputangan
Katanya yang dahulu dah kusam
Abang pakailah yang baharu
Warnanya terang cantik dipandang
.
Isteriku membeliku saputangan
Katanya yang kelmarin tak padan
Saiznya kecil tiada kesesuaian
Yang ini lebar elok melangirkan
.
Isteriku membeliku saputangan
Katanya yang lama banyak dah hilang
Lesap di ampaian diambil orang
Atau dibawa angin terbang melayang
.
Isteriku membeliku saputangan
Kata orang putih itu tanda perpisahan
Tapi aku Minang aku tak kisahkan
Aku pakai tanda penghargaan
.
Isteriku membeliku saputangan
Dia sendiri tidak berkepunyaan
Sering bertisu dalam genggaman
Selesai dipakai tinggal keciciran
Mungkin sebab itu dia tidak bersaputangan
.
Kuning biru merah putih hitam
Warna pelbagai kuguna berulang-ulang
Disisip di saku dilipat di kocek
Kujaga kusimpan tanda kusayang
Saputangan-saputangan yang isteriku berikan
.
.
taman melawati, kuala lumpur,
12:50 ptg,
08hb. Mac 2002..
Yang tersorot:
Menghargai pemberian seseorang itu amat penting, apatah lagi dari orang yang dekat dihati. Den-nai sering melihat (dan seringkali terusik) apabila ada yang cuma menghargai yang 'berharga' sahaja; pastinya berbentuk material. Bagaimana pula dengan pemberian yang intangible, tidak ketara mahupun nyata seperti ilmu, didikan atau memori. Pada pandangan den-nai inilah pemberian yang tak ternilai harganya.
Wahai teman, terimakasih.

Friday, January 16, 2009
RESAH : YANG SUCHI YANG INDAH .
.
Malam menanti fajar,
Sepoi angin mengusik terasa pijar,
Cahaya bulan semakin suram,
Hitam pekat alam kian kelam.
.
Semalam berlalu sudah,
Kelmarin kini sejarah,
Esok belum pasti,
Lusa; bertemukah nanti?
.
Usia tidak siapa dapat menduga,
Diingatkan kita sedia sentiasa,
Beribadat – andai esok tiada bersua,
Berusaha – seolah hidup untuk selamanya.
.
Persoalan demi persoalan mengaburi benak,
Bersulam ragu, bimbang dan sangsi,
Putus kata mesti dibuat,
Masa bersilih tak dapat diganti.
.
Digagahi diri langkah demi langkah,
Berbekal ilmu, yakin, tekun dan tabah.
.
.
taman melawati, kuala lumpur
9:20 pagi
17hb. Mar 2004.
.
Yang tersirat dan terseret:
.
Artikel berikut ini tersiar dalam majalah Ma & Pa Oktober 2001. Sungguhpun kredit pada artikel tersebut diberikan kepada orang lain, penulisan tersebut milik den_nai sepenuhnya. Cerita den_nai, takkan orang lain yang lebih memahami. Sebenarnya penulis tersebut telah melakarkan draf penulisannya tetrapi den_nai tak bersetuju akan isi kandungannya.
Words of caution - its way too long!
YANG SUCHI YANG INDAH
Bila lagi hendak menimang zuriat sendiri? Biar lelaki mahupun perempuan, den_nai depangkan tangan menerima. Bergumal dengan anak-anak telah menjadi kebiasaan den-nai namun untuk mengendong, mendodoi dan membelai anak sendiri belum lagi menjadi kenyataan. Berita yang sering bersilih datang perihal teman seiring, ipar-duai yang mengandung dan melahirkan anak sememangnya tidak membantu menenangkan perasaan di kalbu yang kian bercelaru dan sedikit cemburu. Bila pula giliran den_nai?
Sungguhpun baru sembilan bulan bernikah, den_nai rasakan masa terkesot-kesot menghampiri perkhabaran gembira. Seringkali den_nai berangan sendirian, mencium, meng-agah, meladeni si comel – indah sekali lamunan itu; tetapi den_nai yakin setiap laluan yang Allah halakan adalah amanah berhikmah.
Maha suci Tuhan, berkat usaha, doa serta kesabaran, rezeki kami Allah hulurkan. Isteri den-nai, Ayu hamil. Home pregnancy test menggariskan warna biru yang seterusnya disahkan doktor pada keesokkan harinya. Bagi mereka yang telah melalui saat sebegini pasti dapat membayangkan kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dengan perkataan. Ayu den-nai dakap erat. Hening damai alam dirasakan.
Sedari itu den_nai mula membilang hari. Tak sabar menanti, apatah lagi menjadi ayah di usia lewat sebegini. Dunia sekeliling - rakan-taulan, sahabat-handai den_nai perkhabarkan bahawa den_nai akan menjadi seorang ayah. Insya’Allah. Senyum tidak lekang dari bibir, telinga ini seolah-olah terdengar suara anak kecil memanggil-manggil. Parahnya apabila jauh mengelamun.
Tidak semua kandungan menempuh pengalaman serupa. Begitulah dengan isteri den¬_nai. Trimester pertama dilewati dengan tenang. Namun sebaik melangkah masuk trimester kedua, Ayu diserang demam campak. Cakap-cakap ‘pakar’ tak bertauliah mula menggerunkan kami. Walaubagaimanapun doktor perbidanan kami meyakinkan bahawa tiada apa yang perlu digusarkan asalkan bukannya German measles kerana sekiranya itulah yang dihidapi pertumbuhan janin pasti terganggu. 2 minggu Ayu cuti bekerja.
Belumpun reda bintil dan parut di badan, gusi Ayu pula berdarah. Doktor bidan mengatakan kehadiran hormon waktu mengandung merupakan faktor penyebab. Doktor gigi pula tidak menggalakkan sebarang gangguan-cabut, tampal dsb. dilakukan pada gigi mahupun gusi-sekadar diberi ubat-ubatan secara oral. Ada ketikanya gusi Ayu berdarah hingga sukar dikawal, mengakibatkan dirinya kekurangan darah.
Keadaan ini membuatkan den_nai benar-benar bimbang. Sungguhpun begitu perasaan tersebut harus den_nai benamkan dalam-dalam agar Ayu tidak bertambah tertekan. Den_nai tidak mahu dia bersedih. Den_nai tahu kalau den_nai runsing, dia tentulah lebih lagi. Adakalanya den_nai berseloroh tidak kena tempat. – den_ai katakan padanya orang mengandung berseri merah di pipi, isteri abang puct lesi. Mujurlah dia tidak berkecil hati malah masih mampu senyum tertawa manis.
Pemeriksaan minggu ke-20; doktor mengesan Ayu mengalami pra-eklampsia, simptom-simptomnya: berat badan mendadak naik, air kencing kotor, bengkak kaki serta tekanan darah tinggi nyata setelah diuji. Den_nai bertanya doktor bukankan tanda-tanda ini lazimnya terbit di akhir waktu mengandung. Doktor sekadar mengulangi bahawa setiap kandungan itu berbeza. Kami menerima penjelasan itu. Den_nai kerling isteriku. Lugu dia. Berat mata memandang, pasti berat lagi dia memikul.
Bukan den_nai tak tega, namun apalah daya den_nai. Hanya doa-doa tulus serta dorongan yang mampu den_nai hulurkan. Masalah ini berterusan sehingga penghujung trimester kedua. Den_nai di sisi ada kalanya tidak sanggup melihat keadaan Ayu yang sering resah. Tidurnya tidak lagi lena. Menelentang salah, mengerengpun salah. Semua pergerakkan serba tak betah.
Trimester ketiga menjengah. Pemeriksaan ultra-sound akan kami lalui untuk mengetahui perkembangan janin dan yang lebih menguja, kami akan mengetahui jantina anak kami. Lelaki mahupun perempuan den_nai tak berkira, asalkan sihat. Sebaik sahaja bayangan mengimbas di skrin, hati den_nai bertambah debar. Den_nai, seperti skan terdahulu masih terpingga-pingga mencari-cari bentuk janin di kaca skrin. Beralas perasaan cuak dan cemas den_nai kuatkan semangat bertanya tuan doktor.
Jauh disudut hati den_nai memang benar-benar ingin tahu. Mungkin dari situlah terbitnya kekuatan untuk bertanya. Apa yang terfikir, adakah anak den_nai ini ‘terlebih’ sifat. Jika ia, den_nai inginkan kepastian agar den_nai dapat bersiap mental dan fizikal. Mengambil cue dari den_nai, doktor terus membuat pemerhatian rapi seterusnya mengungkap, …I think there is something, lantas terhenti di situ. Perasaan den_nai bertambah berkocak. Di dalam hati segala macam doa-doa yang tidak jelas susun ayatnya den_nai baca memohon yang muluk-muluk.
Apabila doktor memberitahu bahawa Ayu mengandungkan anak kembar, den_nai tersenyum sendiri. Gelita alam yang sebentar tadi membendung, kini serasakan bersinar cemerlang. Selanjutnya doktor menyambung bahawa seorang daripadanya sudah meninggal. Hati den_nai yang masih melambung menjulang tinggi di awangan dengan tiba-tiba terhempas sekelip itu juga. Terlopong den_nai. Dalam kertekejutan itu terlupa sebentar den_nai akan isteri yang sudah pastinya berperasaan serupa. Den_nai paut erat Ayu, khuatir ia akan tumbang pitam. Kelu lidah, kaku jasad, beku firasat. Sepi alam, sunyi fikiran.
Mengapa setelah janin itu meninggal barulah diketahui duduk perkara sebenar? Di manakah silapnya sehingga doktor tidak mengetahui isteri den_nai mengandung kembar dan seorang daripadanya telah meninggal? Kesilapan teknologi moden atau orang yang sepatutnya bertanggungjawab yang tidak serius dalam tugas mereka? Bayangkanlah jika den_nai berat mulut untuk bertanya, keadaan akan lebih mengguris perasaan bilamana janin simati ditemui sendiri semasa uri dicuci sebelum ditanam, sebagaimana amalan biasa orang-orang Melayu.
Kegusaran den_nai tidak terhenti disitu. Ayu harus mengandungkan simati sehingga tamat tempoh memandangkan mereka adalah kembar seiras, berkongsi uri. Mana mungkin dikeluarkan seorang tanpa memudharatkan yang seorang lagi. Runsing terus menghantui kerana doktor menyatakan pula simati mungkin, ya mungkin mempengaruhi secara negatif perkembangan kembarnya.
Den_nai merasa putus arah dan sedikit hilang pedoman. Den_nai cuba kawal dan ketepikan bisikan-bisikan tersebut. Den_nai tidak mahu Ayu tahu gelora dihati ini. Biar dia beranggapan bahawa di saat itu den_nai tabah dan cekal menerima berita yang menyayat itu. Den_nai tidak mahu dia tambah sedih. Bukankah sudah cukup penderitaan yang ditanggungnya setakat ini? Sebagai suami, den_nai mesti memberi semangat serta keyakinan kepadanya.
Seorang daripada kembar perempuan den_nai meninggal di usia lima hingga enam bulan kandungan. Kini baru den_nai mengerti mengapa Ayu semakin segar sejak kebelakangan ini. Rupa-rupanya stres memikul kehamilan berganda telah berlalu. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memastikan janin yang seorang lagi ini selamat. Doktor mahukan perkembangannya juga isteri den_nai harus diberi perhatian terperinci. Hati den_nai yang parah sekadar menyinggung berbisik – mengapa tidak sedari dulu?
Lari dari pandangan Ayu, den_nai mendapatkan keluarga den_nai yang terdekat. Pada mereka den_nai limpahkan segala kedukaan dan kesengsaraan. Di sisi mereka den_nai menangis sepuas-puasnya. Memang ini laluan yang Tuhan gariskan buat den_nai yang mesti den_nai tempuhi, cuma den_nai terkilan kenapa setelah usia kandungan Ayu enam bulan baru diketahui kami bakal menerima kelahiran kembar. Lebih menyakitkan, wujud dan matinya janin seorang tidak diketahui doktor.
Perkara sebegini tidak wajar berlaku. Memang doktor juga manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan, namun kepakaran mereka menjurus ke situ. Mereka harus peka. Den_nai bukan tidak mahu menerima hakikat tetapi den_nai risau akan keadaan isteri dan zuriat den_nai yang belum lahir. Den_nai tak mahu kerana kelalaian manusia, den_nai kehilangan orang yang den_nai sayang.
Selalu den_nai merasakan perkara sebegini hanya berlaku pada orang lain tanpa menyedari bahawa den_nai sendiri adalah ‘orang lain’ kepada orang lain. Den_nai menjadi buntu. Mengapa den_nai? Minggu-minggu berikutnya den_nai membuat penelitian sendiri sambil tercari-cari group support dari mereka yang pernah melalui kegetiran serupa. Dari pencarian den_nai, den_nai ketahui kembar tersebut berkemungkinan mengalami Twin to Twin Transfusion Syndrome. Dan den_nai juga difahamkan pra-eklampsia di awal tempoh mengandung adalah tanda-tanda kelahiran berganda.
Akhirnya den_nai temui jawapan daripada seorang rakan bahawa sesungguhnya anak-anak itu bukan milik kita. Mereka merupakan amanah Allah s.w.t. dan pasti kita pun akan mengikut mereka suatu hari nanti. Sementara anak-anak mumaiyiz yang telah pergi adalah syafaat bagi kita di akhirat nanti, anak-anak yang hidup kini belum tentu boleh membantu. Pahit kata-kata tersebut namun itulah penawar paling mujarab. Bertitik-tolak dari situlah den_nai tidak lagi berkeluh-kesah, malah terus-terusan memberi peransang kepada Ayu agar dia terus tabah malalui saat kelahiran suka duka nanti.
Maha suci tuhan, sesungguhnya den_nai berbahagia kini. Penantian selama ini berakhir dengan kelahiran Indah Nurani, suatu nama yang cukup bermakna dalam hidup kami berdua. Pengorbanan Suchi Rohani akan terus kami kenang dan akan kami perkhabarkan pada kembarnya. Kami tahu, sesuci hatinya, dia aman dan tenteram di alam baqa.
Kehadiran Indah Nurani membuat den_nai bertambah semangat. Den_nai akan pastikan ia menjadi anak yang solehah; patuh suruhan agama, taat pada ayahbonda. Kini setiap kali selesai mesyuarat atau kerja-kerja di luar, den_nai akan bergegas pulang. Tidak sabar untuk metap wajah Indah. Orang beranak sulung, biasalah begitu, dunianya tertumpu pada anak yang satu sebagaimana den_nai.
Isteri den_nai Ayu bertambah keayuannya. Senyumnya semakin meleret tatkala bersama Indah. Cerianya menjadi-jadi apabila permata hatinya melontarkan suara-suara murni. Alhamdulillah, syukur pada tuhan. Segala yang terjadi pasti ada rahmat dan hikmah untuk kami mengambil iktibar darinya. Semoga zuriat kami akan bertambah lagi kelak. Insya’Allah.
taman bakti, ampang
september 2001

Friday, January 9, 2009
3 DARA
.
Syawal kembali menjengah,
Bersama suka dan duka hari-hari semalam,
Membongkar kisah yang usai dan
....yang tak sudah.
Temah, Aton dan Yam,
Di Padang Lebar kembali bersatu,
Pernah dahulu berkeluarga, terpisah,
....mengorak langkah , mencari arah,
Kini bersama lagi,
Menyingkap helaian-helaian masa,
....dimamah usia, hari-hari tua.
Temah - sudah ingat-ingat lupa,
....Diulang kata setiap ketika,
....Yang tiada dikata ada,
....Tuturnya luhur tiada lagi dusta,
....Sinar mata bening, berkaca cahaya.
Aton - lemah badan anggota sendi,
....Beralih gerak serasa nyeri,
....Kudrat telah lama berlalu pergi,
....Harapan dan semangat teguh berdiri,
....Senyum dipamer yakin diri.
Yam – rabun mata berbayang seribu,
....Sering menanya, “…siapa di sana tu?”,
....Pandangan di hati tak pula sebegitu,
....Masih tajam - polan yang ini polan yang itu,
....Sesekali merenung menusuk kalbu.
Bebenih yang ditanam merimbun pepohon,
Di situlah bertiga sepangkin berlindung,
Berseloroh, bertekak dan berpantun,
Mengimbau yang lampau,
....Bernostalgia lagu-lagu sunyi.
Bendang tiada lagi,
....Masakan padi menjadi,
Obor dan pelita,
....Berganti electricity,
Kering sungai, kontang perigi,
....Air susut mengalir sepi.
Damai kampung,
....tidak lagi mampu menggamit,
Lerai bebuah tidak bergait,
....luruh tidak berkutip,
Kemana kalian…
....tiada yang sudi mengulit?
Diseka airmata,
Ditepis dendam,
Diusir rindu,
Dibuang jauh gelora jiwa,
....Tetap bertiga dibelit dan dibelenggu,
....Hirisan duka luka nestapa.
Sayu pilu berhati hiba,
Musim berlalu masih menanti,
Anak menantu memimpin cucu,
Lewat Syawal tak jelang tiba.
subang jaya,
taman melawati,
setiawangsa.
rabu, 18:12 ptg,
1hb. November 2006..
Yang tersirat:
Berdosa den_nai kalau dimaksudkan wan (nenek) yang bertiga ini tiada yang menjaga dan memperdulikan makan minum mereka. Adapun puisi ini den-nai tujukan pada diri den_nai sendiri yang sering menunggak hari untuk menjenguk dan bertanya khabar pada ketiga dara ini.
Den_nai pernah mencari galur pertalian darah dengan ketiga bersaudara ini. Apa yang dapat den_nai simpulkan adalah ibu mereka dan moyang den_nai berkemungkinan bersepupu atau dua pupu. Yang nyata mereka beralih mukim dari tanah Mungkal di Minangkabau ke Padang Lebar di Rembau pada penghujung abad ke-19.
Ya, maklumlah pembaca yang budiman sekelian sekarang bahawa Mungkal itu adalah nama kaum, suku, keluarga den-nai. Bagi orang Minang nama suku diperturunkan melalui sebelah ibu.
Den-nai amat menyenangi urang gaek (orang-orang tua). Namun den-nai sering dibelenggu persoalan mengapa den-nai sahaja yang sering menjengok 3 dara ini sedangkan anak-cucu mereka jarang mampir menziarah mak den_nai di Seremban; walhal untuk ke Rembau dari Kuala Lumpur pasti tempuh Seremban dahulu. Apalah salahnya menyimpang sebentar bertanya khabar?
Kepekatan darah yang kian mencair; tali persaudaraan yang semakin merenggang…
Yang suratan:
Temah kembali kerahmatullah pada 13hb Februari 2007. Den_nai sedikit terkilan kerana tidak diperkhabarkan akan pemergiannya. Sungguhpun den_nai di Kuala Lumpur dan arwah di Rembau, jarak bukannya penghalang di waktu-waktu sebegini.

Friday, January 2, 2009
DOA SEORANG AYAH
.
Ya ALlah,
Hambamu bersyukur dengan kurniaanmu
Penganugerahan zuriat yang dinanti-nantikan
Teman bicara kelak di hari tua
Penyambung waris di kala tiada
.
Ya ALlah,
Kau permudahkanlah kandungannya
Kau elokkanlah perkembangannya
Sempurnakanlah sifat-sifatnya
Cantikkanlah paras-rupanya
.
Ya ALlah,
Teguhkanlah imannya
Indahkanlah nuraninya
Cekalkanlah hatinya
Murnikanlah pekertinya
.
Luhurkanlah budinya
Sopankanlah susilanya
Anggunkanlah karismanya
Tajamkanlah nalurinya
.
Sucikanlah jiwanya
Tuluskanlah sukmanya
Mekarkanlah aklinya
Mewahkanlah mindanya
.
Ya ALlah,
Kau sempurnakanlah
Kau perkenankanlah
Kau makbulkanlah
Amin Ya Rabbul Alamin
.
taman bakti, kuala lumpur,
20hb. Nov 2000
Yang tersirat:
Den-nai amat teruja penuh debar menepuh hari-hari bakal bergelar seorang ayah. Yang disebut hari-hari sebegitulah pada ALlah nan satu. Tersirat pula den-nai memohon agar den-nai berupaya mencorakkan anak ini sebaik mampu. Layakkah den-nai menanggung amanah ALlah ini?

Subscribe to:
Posts (Atom)