.
Siapa sangka siapa duga,
Akhirnya jodoh tiba juga,
Ingatkan dah tersasar bujang tua,
Disuruh nikah lengahkan juga,
Asyik leka, enjoy dan career.
.
Dalam diam sibuk semena,
Merasa juga bercahaya mata,
Ayah tua sabar orangnya,
Senanglah anak dapat bermanja,
Silap arah besarnya mengada-ada.
.
Anak teman selesai menengah,
Anak awak baru nak kenal sekolah,
Anak teman lincah dan gagah,
Awak kejar anak pun termengah-mengah.
.
Anak awak disangka cucu,
Teman-teman dah mula nak bermenantu,
Anak teman sanding sebahu,
Anak awak baru nak putus susu.
.
Di rumah sibuk menukar lampin,
Teman di luar sewat motor test engine,
Sport cars, motor besar bertukar-tukar,
Awak MPV jenuh susun askar.
.
Teman di golf course 18-holes,
Balik rumah tidur berdengkur,
Awak bersungut anak kencing bertabur,
Disuruh tak boleh,
jengkel pulak tu bila ditegur.
.
Setahun dua usia pencen,
Anak yang tua pun belum dapat lesen,
Yang bongsu baru nak kenal kindergarten,
Mujur juga anak tak sampai sedozen,
Kalau tidak harus badan cepat condemn.
.
Panjang usia dapatlah son & daughter-in-law,
Merasa bercucu tak berani nak khabar,
Manalah tahu esok lusa dah tak sedar,
Siang malam berdoa diatas tikar.
“Ya Allah, cepatlah anak-anak aku ni besar!”.
.
taman melawati, kuala lumpur,
16:30 ptg,
01hb. April 2004.
Yang tersurat:
Kenyataan dan ramalan hari mendatang. Den_nai bernikah pada usia yang agak lewat juga iaitu mencecah 35 tahun. Bukan den_nai tak cari tapi kan jodoh dan pertemuan itu di tangan ALlah? Sudah begitu suratan Nya.
...Tabuh kumandang dini hari,
.......Azan bergema subuh menjelang;
...Jodoh kan datang namun dicari,
.......Sakan dipaksa gaduh memanjang.
Nak hurai ke pantun ni? Tak payahlah kan; nanti umpama cerita dalam cerita; alkisah seribu satu malam, terseret-seret meleret-leret. Tapi dah terlanjur menyebut tu, den_nai sentuhlah sikit. Ringkas. Pada pembayang – subuh melambangkan permulaan hari yang baharu, umpama pernikahan itu sendiri merupakan suatu penghidupan yang baharu. Pada maksud pula erti gaduh di sini bukannya sengketa malah gelisah yang merunsingkan benak.
Ditakdirkan sesuatu, pasti ada hikmah, itupun kalau kita ingin melihatnya. Den-nai dapat rasakan tahap toleransi den_nai meladeni kerenah anak-anak agak extra sikit; “…ayah tua sabar orangnya”. Iyalah tu! Sesekali terpekik juga amarah bak halilintar dikala sepi. Mungkin juga den_nai sebenarnya letih badan melayan bebudak ni; jadi dibiar aja anak-anak tu berperangai. Bila dah agak keterlaluan barulah ditegur. Secara tak lansung threshold tu dah berganjak sedikit.
.
Friday, August 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Punjangga Deli,
"paling tidak saudara memiliki isteri dan anak-anak",
"jika nak ikut lewat jodoh tu, saya pun dah cecah 30 tahun baru beristeri",
"apa pun, selamat mendidik anak-anak secara yang terbaik".
Salam sdr Zul,
Sememangnya saya bersyukur teramat sangat kerana meng'empunya'i mereka; biarpun julat masa tidak ketahuan.
Moga sentiada didorong untuk melakukan yang haq buat mereka.
Post a Comment