Friday, October 14, 2011

Diari 19hb Dis. 2007

.

Ayu lewat ke pejabat pagi ini. Kalau Ayu dah lambat, den_nai tentulah lebih lewat lagi. Mujurlah lalulintas tidak keterlaluan sibuknya. Kalau tidak, harus…

Tadi malam ketika menidurkan Indah, topik kematian muncul lagi. Pernah diperkatakan kepadanya sepintas lalu sebelum ini; lebih kerap den_nai cuba mengelak-elak isu berkenaan. Sesekali bila menonton filem, drama atau berita ada juga babak kematian dipaparkan; anak-anak akan bertanya, “…kenapa dia masuk tanah Ayah?”

Mencari kata yang sesuai umur anak, den_nai huraikan putaran kehidupan sedari dalam kandungan, baby, seusia Murni, seusia Indah, meningkat usia sepupu-sepupu mereka, seterusnya Bonda, Ayah, lantas tua seperti Mek (ibu Ayu), Awau (ibu den_nai) akhirnya sakit dan meninggal. Begitulah yang selalu den_nai ulang sebut.

6 ½ tahun. Sangkaan den_nai usia ini terlalu kecil untuk anak-anak memahami. Apatah lagi 4 ½ tahun. Boy! Was I wrong!!! Malam tadi Indah merayu, “Ayah janganlah masuk tanah, Ibu janganlah masuk tanah; …nanti Indah rindu macamana?” BAM!!! Terkedu den_nai. Indah sudah mula terisak-isak. Holding my composure, Indah den_nai pujuk. Suasana tenang seketika. Den_nai seka airmatanya sambil membelai rerambut yang jatuh menutup raut anak manis den_nai.

Beselang 2-3 minit terpacul semula soalan yang serupa, “…nanti Indah rindu macamana?” disusuli ngongoian berterusan. Dipujuk lagi. Damai seketika. Berulang lagi. Mendakap Indah, den_nai dodoikan dengan zikir-zikir Allah seraya mengusap ubun-ubunnya hingga terlena. Airmata den_nai sendiri tidak dapat den_nai sekat dari berterusan mengalir.

ALlah ada perancangannya sendiri.

.

No comments: