Friday, April 24, 2009

LINTASAN

.
Seorang teman sekolahan den_nai di MRSM Seremban meninggal dunia kelmarin. Den_nai bersalah kerana bertangguh untuk mencari dan menemui beliau setelah meninggalkan alam persekolahan menengah, 28 tahun yang lalu. Al-fathihah untuk saudara Ahmad Nizar Abdul Karim. Goodbye my Gentle Giant.
.
Berikut merupakan kemasukan pertama trilogi perihal kematian. Memang suram dan menggerunkan. Ada yang mengambil jalan pintas, lansung tidak memperdulikannya. Mati, matilah, habis…? Saudara tidak begitu bukan?
.
LINTASAN
.
Ratap dan tangis,
Mengiringi kujur tubuh itu,
Menuju tapak persemadian abadi;
Tempoh bersama telah tamat.
.
Zikir dan doa,
Memagari jasad itu,
Sementara ingat masih terpahat;
Semoga selamat di alam akhirat.
.
Congak dan catur,
Melihat kelonsong nyawa.
Dilongsor turun ke liang lahat;
Berkira-kira apa yang bakal didapat.
.
Sinis dan tragis,
Membiar bumi menghempap berat,
Gah dahulu berpangkat dan berdarjat;
Tinggal kini dibela amal dan ibadat.
.
taman melawati,
kuala lumpur,
10:50 pagi,
02hb. April 2002
.

Yang tersurat:

Merenung erti kematian. Yang meninggalkan dan yang ditinggalkan. Andainya saudara sedang membaca, pastinya berada dalam ketegori yang terkemudian. Benar, tempoh bersama secara lahiriah telah berlalu. Yang tinggal hanyalah kenangan demi kenangan, mahu di simpan kemas atau dilontar jauh. Manis mahupun pahit. Terserah.

Berlalunya sorang anak adam meninggalkan tiga perkara:
1. Anak yang soleh nan senantiasa mendoakan akan ia (si mati)
2. Harta yang telah dibelanjakan kerana ALlah, dan
3. Ilmu bermanfaat yang diperturunkan, dipelajari serta diamalkan.

And mind you, these grow exponentially.
Untuk den_nai, biarlah pahit sekarang, moga manis di alam barzakh dan akhirat. Berhati-hati melintas.

1 comment:

Anonymous said...

Some of my friends who studied with him in Nebraska discussed his passing in our yahoogroup. Innalillahiwainnailaihirajiun.

Maz