Friday, October 14, 2011

Diari 19hb Dis. 2007

.

Ayu lewat ke pejabat pagi ini. Kalau Ayu dah lambat, den_nai tentulah lebih lewat lagi. Mujurlah lalulintas tidak keterlaluan sibuknya. Kalau tidak, harus…

Tadi malam ketika menidurkan Indah, topik kematian muncul lagi. Pernah diperkatakan kepadanya sepintas lalu sebelum ini; lebih kerap den_nai cuba mengelak-elak isu berkenaan. Sesekali bila menonton filem, drama atau berita ada juga babak kematian dipaparkan; anak-anak akan bertanya, “…kenapa dia masuk tanah Ayah?”

Mencari kata yang sesuai umur anak, den_nai huraikan putaran kehidupan sedari dalam kandungan, baby, seusia Murni, seusia Indah, meningkat usia sepupu-sepupu mereka, seterusnya Bonda, Ayah, lantas tua seperti Mek (ibu Ayu), Awau (ibu den_nai) akhirnya sakit dan meninggal. Begitulah yang selalu den_nai ulang sebut.

6 ½ tahun. Sangkaan den_nai usia ini terlalu kecil untuk anak-anak memahami. Apatah lagi 4 ½ tahun. Boy! Was I wrong!!! Malam tadi Indah merayu, “Ayah janganlah masuk tanah, Ibu janganlah masuk tanah; …nanti Indah rindu macamana?” BAM!!! Terkedu den_nai. Indah sudah mula terisak-isak. Holding my composure, Indah den_nai pujuk. Suasana tenang seketika. Den_nai seka airmatanya sambil membelai rerambut yang jatuh menutup raut anak manis den_nai.

Beselang 2-3 minit terpacul semula soalan yang serupa, “…nanti Indah rindu macamana?” disusuli ngongoian berterusan. Dipujuk lagi. Damai seketika. Berulang lagi. Mendakap Indah, den_nai dodoikan dengan zikir-zikir Allah seraya mengusap ubun-ubunnya hingga terlena. Airmata den_nai sendiri tidak dapat den_nai sekat dari berterusan mengalir.

ALlah ada perancangannya sendiri.

.

Saturday, October 8, 2011

SERI MAYA

.
Renyai tatkala itu,
Sang Ayah mampir ke pinggir jalan;
Anak kecil yang dibocengnya turun
….sendiri ke permatang.

Anak sekolah yang setia mengalas beban,
….dihulurkan baju hujan untuk dipakai;
Renyai kian giat.

Sang Ayah yang sedia berkalis air,
….tekun dan sabar membantu si anak
……..mengenakan lembar biru itu.

Diselubungkan Si Anak bersama galas ilmu
….yang diusungnya sehari-hari;
Lantas dikenakan butangnya satu persatu,
….sedari dagu melabuhi buku lali.

Siap dipakai dibenahi pula
….agar raut mulus si anak
……..tidak terlindung memandang.

Si Anak menginjak papak lantai
….menguak kaki kembali memboceng;
Didakap pinggang Sang Ayah sepemeluk.
Digapai Sang Ayah peha si anak,
….memastikan letak duduknya kejap.

Ditoleh Si Anak penuh kasih;
Indah sungguh pemandangan itu.

Lalu lewat mereka
….meninggalkan persinggahan sementara;
Menghilang dalam guguran
….permata dari langit.
.
.
setiawangsa, kuala lumpur,
khamis, 16:10 ptg,
20hb. April 2006.


Yang tersurat:

Seperti beberapa puisi yang lain, di bawah jejantas penghubung Kampung Warisan dan stesyen LRT Setiwangsalah ilham-ilham den_nai tercetus, terlayang seketika sementara menanti Ayu menapak turun perhentian.

Mengapa Seri Maya? Sedikit sebanyak puisi ini berkait dengan puisi Tuntuan Kemajuan yang den_nai tulis pada 1hb April 2002. Sila silang rujuk entri tersebut Hari-hari menunggu Ayu, pandangan den_nai terlempar kepersekitaran.

Yang tersirat:

SRI MAYA adalah kondominum yang tesergam setelah kehijauan yang dahulunya dirobah. Sri atau Seri jelas maksudnya iaitu bercahaya atau bersemarak. Boleh juga diertikan sebagai indah, mulia dan megah. Maya pula bermakna bayangan atau khayalan. Dalam ertikata lain, kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak. Bagaimana pula yang tidak kelihatan itu dikatakan bercahaya dan bersemarak?

Di sinilah yang menarik mengenai persepsi. Cantik di mata kita tidak semestinya molek di mata orang lain. Apa menariknya perihal orang sedang memboceng motosikal? Mungkin tiada. Namun apa yang bersemarak di mata den_nai adalah hubungan yang terjalin antara dua insan tersebut. Kasih dan sayang bersifat maya, tidak fizikal, terpancar cahaya, bersemarak dan mulia. Kasih dan sayang sediada terbina lantas berkembang. Satu cetusan rasa yang terbit dari naluri seorang ayah. Indah. Murni.

Gugurnya permata dari langit itu sebenarnya adalah airmata den_nai yang turut gugur memerhati dan menyelami peristiwa tersebut. Betapa tulusnya perlakuan sang Ayah. Alangkah bagusnya andaikata semua ayah di mukabumi ini sebegitu. Den_nai sekadar mampu berdoa dan berharap. Moga den_nai turut tergolong dalam kategori sedemikian.

Itulah ironisnya Seri Maya.
.

Friday, December 24, 2010

RINDU YANG TAK TERUBAT

.

Kau sering ku lihat,

....Berbayang di sudut mata,

....terpapar di jendela hati;

........Tanpa suara tanpa bicara.

.

Aku tahu kau tiada di situ,

....Jauh sekali memandang mahupun mendengar;

........Besar juga harapku agar kau faham

........keluh kesah yang terkait di sanubari ini.

.

Andai kau dekat rapat;

....Akan ku rangkul,

........Ku dakap erat penuh semangat.

.

Apalah juga daya ini,

....Jasad kau tiada lagi,

........Sebati kembali bersama bumi;

Sungguhpun aku bukan bersendiri,

....Kau tetap tiada yang mengganti.

.

Yang dapat ku gapai hanya sekadar ingat,

....Memori indah ku hias hebat;

........Hari-hari terdahulu dikilir dipahat,

............Agar lekat ke hujung hayat.

.

Rindu yang tersemai,

....Akan terus subur bercambah;

........Mekar menguntum,

........Lebat berputik,

........Sarat berbuah,

........Ranum berpanjangan.

....Entah bila akan tertuai…

.

Al-fathihah.

.

taman melawati, kuala lumpur,

isnin, 17:20 ptg,

22hb. Mei 2006.




Yang tersirat:

.

Ingat teman den_nai Sang Kemboja yang tidak lagi bersembunyi? Puisi di atas tertulis menyelami dan meluahkan gambaran hatinya yang baru kehilangan adiknya. Menurut beliau Angah meninggal di dalm pangkuannya pada pagi 14hb Mei 2006.

Rentetan dari puisi ini berbalik kepada diri den_nai juga. Dua minggu den_nai termanggu. Hati menjadi berat dan terlayang pada arwah-arwah yang telah pergi. Sakit sungguh rindu yang tak terubat ini. Teringat den_nai akan sebait senikata lagu lama yang berbunyi; “…kalau rindu jumpalah orang yang membawa kumannya.” How true that is!!! Apatah lagi bertambah pedihlah kalau yang dirindui telah pulang ke penciptanya.

Den_nai unjurkan usul pada Mak untuk mengadakan kenduri arwah dan doa selamat pada 03hb Jun 2006. Alhamdulillah keluarga setuju, tambahan pula telah lama kami tidak mengadakan majlis sebegitu. Maka bersepakatlah kami mengerjakannya.

Yang menariknya den_nai aturkan agar Ruhil (ingat anak arwah Ruslan di JB?) turut hadir pada majlis tersebut tanpa pengethuan semua. Meriah jugalah kenduri pada hari itu. Then again, bila pula tak meriahnya bila dah reramai berkumpul? Ruhil jarang hadir bersama kami semasa kecilnya. Kini sudah hampir 16 tahun usianya barulah di “lepas” jauh bersendiri oleh mamanya.

Den_nai ingatkan sesudah kenduri redalah rindu den_nai terhadap mereka; namun seperti baris-baris terakhir puisi ini, ‘…meranum berpanjangan. Entah bila akan tertuai.” Begitulah bebannya di hati ini walaupun telah 16-17 tahun berlalu.

Al-fathihah

.

Friday, December 17, 2010

MASIHKAH ADA MASA NANTI?

.

Sering;

Tatkala terkeriut pintu pagar besi dibuka,

Sebelum selesai ungkapan salam diberi,

Kalian menerpa, berlari berebut mendapatkan

Melempar senyum, apatah lagi tawa.

.....Lelah lenyap tika itu.

.

Sesekali;

Aku disambut dengan sendu tangis,

Mengadu gundah dan sakit pada hari itu,

Bergaduh sesama sendiri,

Menunding jari bermasam diri.

.....Meruntun juga hatiku.

.

Ada kala;

Sepi - aku tidak dirai,

Resah menyelinap sanubari,

Sejuta persoalan bangkit menerpa,

Kemana kalian semua?

.....Gementar seanggota tubuh.

.

Apa jua;

Kan kudepangkan tanganku,

Kudakap erat, kurangkul mesra,

Kuusap, kupujuk,

Kubelai indah, kukucup kasih.

.

Hari itu, ketika itu,

.....Esok pula entah bagaimana…

.

taman melawati, kuala lumpur,

selasa, 12:45 tgh,

17hb. Jan 2006.

.

Yang tersurat:

Seize the moment and savour them; for tomorrow may never come. What irate me most is the fact that sometimes I put myself before these little darlings. At times I caught myself doing that but god knows… No doubt, as age overcomes me; lethargic to say it politely, consumed me most of the time, resulting in me ignoring them. Bad daddy, very bad!!!

Begitulah seadanya den_nai melayari hari bersama puteri-puteri den_nai. Riang. Runsing. Rengsa. Di penghujungnya den_nai Redha.

Yang tersirat:

Indah Nurani. Seindah namanya, sebegitu pula hati nuraninya. Lembut dan mudah beralah, juga tersentuh. Kak Longlah katakan…Akan tetapi perlakuannya agak sedikit kasar dan hyperative bagi seorang anak manis. A natural actor; she’ll cry uncontrollably, laugh hysterically and even raise her decibel vociferously on cue. Imagine that for a kid 6 years of age; a true sanguine who loves the attention.

Murni Kaseh. Debonaire. Jinak merpati, sukar dipikat namun andai telah akrab – awas! kasih akan tertumpah sepenuhnya. Beralas kata, anak ini tegas dan tetap pendirian; dalam erti kata lain, degil. Jangan ter‘sentuh’ sedikit, pasti melenting. Lembut di luar, kristal di dalam. She’ll observe and absorb. Will questioned every inch of the way. So be careful with your answers for her every action will be backed with reasons. Again, imagine that for a kid 4 years of age.

Asal tidak membuluh sebelum merebung; tak terlentur den_nai nanti…