.
Indah Nurani permata ayah,
Pejamkan matamu janganlah gundah,
Runsing bondamu risau dan resah,
Tidur anakanda mimpi-mimpi indah.
.
Murni Kasehku junjungan kalbu,
Lena tidurmu sesudah menyusu,
Doa ayahanda serta bondamu,
Dewasamu nanti kasihkan ilmu.
.
Indah dan Murni cantik bistari,
Elok lakumu molek pekerti,
Sopan dan santun menghiasi diri,
Semurni kasihmu seindahnya nurani.
.
sentiasa berubah sedari 2001
taman bakti, ampang
Yang tersirat:
Seperti pembaca budiman sedia maklum, Indah Nurani dan Murni Kaseh adalah nama kedua anakanda den_nai. Tiada yang tersirat-berselirat pada syair ini. Nyata dan tersurat. Bait-bait inilah yang senantiasa den_nai bisikkan tatkala megulit menidurkan kedua puteri den_nai.
Lebih kepada memujuk dan berdoa mengharap.
Yang tersorot:
Ada ketika, Murni seringnya, menyatakan ia tak mahu didodoikan; dek seorang terkepit di kiri dan seorang di kanan, terpaksalah digugurkan serangkap pada nama yang terbabit atau diubahsuai syairnya menurut keadaan.
Walau apapun yang paling membuatkan den_nai kembang hati ialah apabila anakanda kedua bersuara meminta; “…ayah, dodoikan…”.
Maha suci ALlah.
Yang tersurat:
Indah sering keliru dan khayal di alamnya sendiri sementelahan Murni always consumed with questions awaiting answers. Adakala tak telarat nak menjawab; but answering them I did, as factual as to my knowledge and delivering them at her level of comprehension.
Seorang ayah tidak sepatutnya membanding antara anak-anaknya, but I can’t help to err. Often than never Indah would repeat the same question(s) over and over again to my chagrin. Imagine answering to mundane, ‘…sekarang pagi ke ayah?” every other day, twice or thrice in a row. Angry? Yes, but I’m far more concern…
Adakah kerana masin mulut seorang ayah yang sering membisikkan ke telinga mererka, “…tidur anakanda mimpi-mimpi indah” dan “…dewasamu nanti kasihkan ilmu”?
Sungguhlah kata-kata itu suatu doa. Wallahu’alam.
.
Friday, July 31, 2009
Friday, July 17, 2009
PUTEH SEROJA
.
“…kita panggil anak kita” bisikku,
Simbolik penuh makna,
Perlambangan di sebalik nama.
.
Putih tanda bersih, penuh suci,
Ditulis ejaan lama,
Agar tidak begitu ketara.
.
“Putih!” Protes isteri,
“Itu pangilan kucing,
takkan sebegitu nak abang samakan!”
“Janganlah bang, kesihan anak kita…”
.
“Seroja?” balasku pula,
Kembang pelbagai warna,
Mekar berseri rupa.
.
Andai meliar di selut lombong,
Menguntum segar di empangan gunung,
Sekalipun di cemar tasik terapung,
Ditakdirkan putih, kan teserlah juga.
.
“Seroja, itu mirip Hindu,
Dikait juga dengan Kwan Ying,
Goddess of mercy, pengikut Buddha”
“Usahlah bang…”
.
Aduhai…
Lain yang dilambangkan,
Lain maksud yang dimengertikan.
.
Semurni harapan tak kesampaian,
Namun kasih tak berkesudahan.
.
taman melawati,
kuala lumpur,
11:30 pagi
20hb Disember 2006.
Yang tersirat:
Panggillah anak-anakmu dengan nama yang baik-baik.
Bukan senang nak menamakan anak. Den-nai Minang berbahasa Melayu, sekali-sekali terpacul juga dialek Minang dari bibir ini. Apalah guna memberi nama anak Jamil/Jamal (Arab = cantik) seperti arwah datuk den_nai; seandainya berkesudahan dipanggil “Jam” berlenggok Inggeris, bermaksud olesan buah-buhanan bersira (jem) di bahasa kita. Orang kita bila memilih nama bukan main lagi rujuk segala kitab tapi akhir sudahnya tinggal nama tanpa makna, sebab yang tahu maknanya kita sendiri, juga orang yang pandai bahasa Arab atau bahasa asal nama tersebut atau pada yang sibuk bertanya, “…apa maknanya?”.
Bukanlah den_nai memperlekehkan sesuatu bahasa atau tradisi, sekadar mengingatkan diri kita yang adakalanya taksub tak bertempat. Sungguhlah bahasa Melayu itu sendiri meminjam pelbagai bahasa asing, namun banyak kotakasa yang telah sebati dalam lingkungan kita. Gunakanlah. Pasti anak itu sendiri akan membesar, memahami dan menyemarakkan namanya sendiri. Insya’ALlah. Mak dan Ayah kenalah bimbing jugak, jangan pulak lepas tangan.
Alahai Chantek ayah…
Yang tersorot:
Disebalik nama.
Tidak seperti Indah Nurani dan Suchi Rohani, den_nai ingin lari dari konsep nama sebegini (contoh pilihan yang kami ada – Seri Sukma, Anggun Karisma, Mekar Minda). Den-nai sarankan konsep perlambangan iaitu Puteh Seroja tetapi Ayu tidak berkenan. Kami akhirnya sepakat memilih nama Murni Kaseh. Pak Syed kata semoga akan melimpah kasih ALlah kepada anak tersebut. Den_nai aminkan sahaja.
Sesudah didaftarkan, den_nai scan sijil kelahiran tersebut dan menukar Murni Kaseh kepada Puteh Seroja, nak bergurau dengan isteri kononnya. Kalau dapat dibiarkan Ayu menjeruk kok barang seminggu dua. Sepulang den_nai ke rumah lantas ditunjukkan sijil tersebut. Belum apa dah terjurai airmata Ayu; sedih , marah dan kecewa pastinya. Jangankan seminggu, seminitpun tak sampai…
Vogue o vogue (Wok oh wok), meh sini deh…

Friday, July 10, 2009
ISTERIKU MENGANDUNG LAGI
.
Isteriku mengandung lagi,
Dulu katanya dah tak mahu,
Tapi alhamdulillah dah menjadi,
Kalau dulu perempuan,
Kali ini insya’ALlah lelaki.
.
Isteriku mengandung lagi,
Morning sicknessnya kembali berulang,
Pening-pening sakit belakang,
Perut merekah gatal semedang,
Apa nak kata “…sakit buatan orang”.
.
Isteriku mengandung lagi,
Kebaya, kurung tolak tepi,
Cheongsam, evening gown jauh sekali,
Sesekali berbaju punjabi,
Tapi tak apalah asal tak “bonceh” macam roti benggali.
.
Isteriku mengandung lagi,
Asam dan kerepek tak lekang dari jari,
Petang pagi mengunyah tak henti,
Kalau dulu kembar tak jadi,
Manalah tahu kali ini memang rezeki.
.
Isteriku mengandung lagi,
Kini dah jimat barangan kakak sedia terkumpul,
Tapi anak lelaki takkan baju beropol-ropol,
Belanja lagi macamlah duit berkepul-kepul,
Mujurlah Visa belum lagi kantul.
.
Isteriku mengandung lagi,
Letih lesu nampak tak larat,,
Kurang seri malah pucat,
Kembali aku puasa “selera” bersukat,
Tapi sumpah abang tak cari spare parat.
.
Isteriku mengandung lagi,
Bertambahlah meriah rumah kami nanti,
Aku dah congak dua tiga lagi baby,
Lebih riuh barulah dinamakan family,
Isteriku protes, “…abang mengandunglah sendiri!”.
.
taman melawati,
kuala lumpur,
rabu,6hb. Jun 2001
Yang tersirat:
Sejujurnya, puisi ini den_nai tulis seiringan dengan puisi tatkala Ayu mengandung sulung. Secara tak lansung kira sepotong doa jugalah pada masa itu. Mengapa ye, selalu diperbuat trilogi dan bukannya quadrologi mahupun quintologi? Yes! I’m quilty of this crime. Yang ini pun ada susulannya. Akan den_nai paparkan suatu hari nanti, insya’ALlah.

Subscribe to:
Posts (Atom)