.
Kemas sebutannya,
Tiada pelat tiada kucar,
Tiada teragak tiada terketar.
.
Walau mungkin tanpa niat,
Atau pasti tanpa makna,
Kesan di hati tetap nyata.
.
Semi di dada mekar berbunga,
Sinar di mata memancar cahaya,
Nurani di kalbu redup syahdu.,
Kuntum di bibir terukir seri.
.
Panggilan ayah kudengar kini,
Untuk buat pertama kali.
.
taman bakti, ampang,
selasa,
09hb. April 2002..
.
Yang tersirat:
Kutipan pengalaman seberlalunya zaman.
Lain laluan lain pemandangan. Setiap insan akan menempuh peristiwa tersendiri dalam kehidupan masing-masing. Dan adakala, melalui pengalaman yang serupa tetapi melihatnya dari perspektif yang berbeza.
Parah beranak sulung. Segalanya yang satu itulah, permata hati pengarang jantung; racun juga penawar. Den_nai amat terharu, hiba, gembira dan segala macam perasaan berbaur mendengar anakanda seorang menyebut pangillan “Ayah”. Yang menyebutnya Indah, sudah tentulah indah juga bunyinya.
Maha suci ALlah.
Friday, June 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Pujangga Deli,
"itulah sebahagian nikmat hidup untuk hambaNYA" ...
Salam Sdr Zul,
Selalunya manusia lupa untuk mencari yang terbaik, positif mahupunnikmat di sebalik setiap kejadian
Salamm
Berbeza sekali blog ini dari yang lain. Penuh santun tutur katanya. Berbunga-bunga bahasanya. Indah sekali pada pendengaran saya...
Salam Kak Puteri,
Kata pepatah, kecil telapak tangan, nyiru ditadahkan. Terimakasih kerana sudi berkunjung ke 'teratak' den_nai yang tak seberapa ini.
Sedikit berbeza - ya; namun asing itu tidak. Jatidiri kita yang tersembunyi dan adakala disembunyikan.
Andai ingin rasa terbuai, hadirlah selalu.
Post a Comment