.
Malam menanti fajar,
Sepoi angin mengusik terasa pijar,
Cahaya bulan semakin suram,
Hitam pekat alam kian kelam.
.
Semalam berlalu sudah,
Kelmarin kini sejarah,
Esok belum pasti,
Lusa; bertemukah nanti?
.
Usia tidak siapa dapat menduga,
Diingatkan kita sedia sentiasa,
Beribadat – andai esok tiada bersua,
Berusaha – seolah hidup untuk selamanya.
.
Persoalan demi persoalan mengaburi benak,
Bersulam ragu, bimbang dan sangsi,
Putus kata mesti dibuat,
Masa bersilih tak dapat diganti.
.
Digagahi diri langkah demi langkah,
Berbekal ilmu, yakin, tekun dan tabah.
.
.
taman melawati, kuala lumpur
9:20 pagi
17hb. Mar 2004.
.
Yang tersirat dan terseret:
.
Artikel berikut ini tersiar dalam majalah Ma & Pa Oktober 2001. Sungguhpun kredit pada artikel tersebut diberikan kepada orang lain, penulisan tersebut milik den_nai sepenuhnya. Cerita den_nai, takkan orang lain yang lebih memahami. Sebenarnya penulis tersebut telah melakarkan draf penulisannya tetrapi den_nai tak bersetuju akan isi kandungannya.
Words of caution - its way too long!
YANG SUCHI YANG INDAH
Bila lagi hendak menimang zuriat sendiri? Biar lelaki mahupun perempuan, den_nai depangkan tangan menerima. Bergumal dengan anak-anak telah menjadi kebiasaan den-nai namun untuk mengendong, mendodoi dan membelai anak sendiri belum lagi menjadi kenyataan. Berita yang sering bersilih datang perihal teman seiring, ipar-duai yang mengandung dan melahirkan anak sememangnya tidak membantu menenangkan perasaan di kalbu yang kian bercelaru dan sedikit cemburu. Bila pula giliran den_nai?
Sungguhpun baru sembilan bulan bernikah, den_nai rasakan masa terkesot-kesot menghampiri perkhabaran gembira. Seringkali den_nai berangan sendirian, mencium, meng-agah, meladeni si comel – indah sekali lamunan itu; tetapi den_nai yakin setiap laluan yang Allah halakan adalah amanah berhikmah.
Maha suci Tuhan, berkat usaha, doa serta kesabaran, rezeki kami Allah hulurkan. Isteri den-nai, Ayu hamil. Home pregnancy test menggariskan warna biru yang seterusnya disahkan doktor pada keesokkan harinya. Bagi mereka yang telah melalui saat sebegini pasti dapat membayangkan kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dengan perkataan. Ayu den-nai dakap erat. Hening damai alam dirasakan.
Sedari itu den_nai mula membilang hari. Tak sabar menanti, apatah lagi menjadi ayah di usia lewat sebegini. Dunia sekeliling - rakan-taulan, sahabat-handai den_nai perkhabarkan bahawa den_nai akan menjadi seorang ayah. Insya’Allah. Senyum tidak lekang dari bibir, telinga ini seolah-olah terdengar suara anak kecil memanggil-manggil. Parahnya apabila jauh mengelamun.
Tidak semua kandungan menempuh pengalaman serupa. Begitulah dengan isteri den¬_nai. Trimester pertama dilewati dengan tenang. Namun sebaik melangkah masuk trimester kedua, Ayu diserang demam campak. Cakap-cakap ‘pakar’ tak bertauliah mula menggerunkan kami. Walaubagaimanapun doktor perbidanan kami meyakinkan bahawa tiada apa yang perlu digusarkan asalkan bukannya German measles kerana sekiranya itulah yang dihidapi pertumbuhan janin pasti terganggu. 2 minggu Ayu cuti bekerja.
Belumpun reda bintil dan parut di badan, gusi Ayu pula berdarah. Doktor bidan mengatakan kehadiran hormon waktu mengandung merupakan faktor penyebab. Doktor gigi pula tidak menggalakkan sebarang gangguan-cabut, tampal dsb. dilakukan pada gigi mahupun gusi-sekadar diberi ubat-ubatan secara oral. Ada ketikanya gusi Ayu berdarah hingga sukar dikawal, mengakibatkan dirinya kekurangan darah.
Keadaan ini membuatkan den_nai benar-benar bimbang. Sungguhpun begitu perasaan tersebut harus den_nai benamkan dalam-dalam agar Ayu tidak bertambah tertekan. Den_nai tidak mahu dia bersedih. Den_nai tahu kalau den_nai runsing, dia tentulah lebih lagi. Adakalanya den_nai berseloroh tidak kena tempat. – den_ai katakan padanya orang mengandung berseri merah di pipi, isteri abang puct lesi. Mujurlah dia tidak berkecil hati malah masih mampu senyum tertawa manis.
Pemeriksaan minggu ke-20; doktor mengesan Ayu mengalami pra-eklampsia, simptom-simptomnya: berat badan mendadak naik, air kencing kotor, bengkak kaki serta tekanan darah tinggi nyata setelah diuji. Den_nai bertanya doktor bukankan tanda-tanda ini lazimnya terbit di akhir waktu mengandung. Doktor sekadar mengulangi bahawa setiap kandungan itu berbeza. Kami menerima penjelasan itu. Den_nai kerling isteriku. Lugu dia. Berat mata memandang, pasti berat lagi dia memikul.
Bukan den_nai tak tega, namun apalah daya den_nai. Hanya doa-doa tulus serta dorongan yang mampu den_nai hulurkan. Masalah ini berterusan sehingga penghujung trimester kedua. Den_nai di sisi ada kalanya tidak sanggup melihat keadaan Ayu yang sering resah. Tidurnya tidak lagi lena. Menelentang salah, mengerengpun salah. Semua pergerakkan serba tak betah.
Trimester ketiga menjengah. Pemeriksaan ultra-sound akan kami lalui untuk mengetahui perkembangan janin dan yang lebih menguja, kami akan mengetahui jantina anak kami. Lelaki mahupun perempuan den_nai tak berkira, asalkan sihat. Sebaik sahaja bayangan mengimbas di skrin, hati den_nai bertambah debar. Den_nai, seperti skan terdahulu masih terpingga-pingga mencari-cari bentuk janin di kaca skrin. Beralas perasaan cuak dan cemas den_nai kuatkan semangat bertanya tuan doktor.
Jauh disudut hati den_nai memang benar-benar ingin tahu. Mungkin dari situlah terbitnya kekuatan untuk bertanya. Apa yang terfikir, adakah anak den_nai ini ‘terlebih’ sifat. Jika ia, den_nai inginkan kepastian agar den_nai dapat bersiap mental dan fizikal. Mengambil cue dari den_nai, doktor terus membuat pemerhatian rapi seterusnya mengungkap, …I think there is something, lantas terhenti di situ. Perasaan den_nai bertambah berkocak. Di dalam hati segala macam doa-doa yang tidak jelas susun ayatnya den_nai baca memohon yang muluk-muluk.
Apabila doktor memberitahu bahawa Ayu mengandungkan anak kembar, den_nai tersenyum sendiri. Gelita alam yang sebentar tadi membendung, kini serasakan bersinar cemerlang. Selanjutnya doktor menyambung bahawa seorang daripadanya sudah meninggal. Hati den_nai yang masih melambung menjulang tinggi di awangan dengan tiba-tiba terhempas sekelip itu juga. Terlopong den_nai. Dalam kertekejutan itu terlupa sebentar den_nai akan isteri yang sudah pastinya berperasaan serupa. Den_nai paut erat Ayu, khuatir ia akan tumbang pitam. Kelu lidah, kaku jasad, beku firasat. Sepi alam, sunyi fikiran.
Mengapa setelah janin itu meninggal barulah diketahui duduk perkara sebenar? Di manakah silapnya sehingga doktor tidak mengetahui isteri den_nai mengandung kembar dan seorang daripadanya telah meninggal? Kesilapan teknologi moden atau orang yang sepatutnya bertanggungjawab yang tidak serius dalam tugas mereka? Bayangkanlah jika den_nai berat mulut untuk bertanya, keadaan akan lebih mengguris perasaan bilamana janin simati ditemui sendiri semasa uri dicuci sebelum ditanam, sebagaimana amalan biasa orang-orang Melayu.
Kegusaran den_nai tidak terhenti disitu. Ayu harus mengandungkan simati sehingga tamat tempoh memandangkan mereka adalah kembar seiras, berkongsi uri. Mana mungkin dikeluarkan seorang tanpa memudharatkan yang seorang lagi. Runsing terus menghantui kerana doktor menyatakan pula simati mungkin, ya mungkin mempengaruhi secara negatif perkembangan kembarnya.
Den_nai merasa putus arah dan sedikit hilang pedoman. Den_nai cuba kawal dan ketepikan bisikan-bisikan tersebut. Den_nai tidak mahu Ayu tahu gelora dihati ini. Biar dia beranggapan bahawa di saat itu den_nai tabah dan cekal menerima berita yang menyayat itu. Den_nai tidak mahu dia tambah sedih. Bukankah sudah cukup penderitaan yang ditanggungnya setakat ini? Sebagai suami, den_nai mesti memberi semangat serta keyakinan kepadanya.
Seorang daripada kembar perempuan den_nai meninggal di usia lima hingga enam bulan kandungan. Kini baru den_nai mengerti mengapa Ayu semakin segar sejak kebelakangan ini. Rupa-rupanya stres memikul kehamilan berganda telah berlalu. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memastikan janin yang seorang lagi ini selamat. Doktor mahukan perkembangannya juga isteri den_nai harus diberi perhatian terperinci. Hati den_nai yang parah sekadar menyinggung berbisik – mengapa tidak sedari dulu?
Lari dari pandangan Ayu, den_nai mendapatkan keluarga den_nai yang terdekat. Pada mereka den_nai limpahkan segala kedukaan dan kesengsaraan. Di sisi mereka den_nai menangis sepuas-puasnya. Memang ini laluan yang Tuhan gariskan buat den_nai yang mesti den_nai tempuhi, cuma den_nai terkilan kenapa setelah usia kandungan Ayu enam bulan baru diketahui kami bakal menerima kelahiran kembar. Lebih menyakitkan, wujud dan matinya janin seorang tidak diketahui doktor.
Perkara sebegini tidak wajar berlaku. Memang doktor juga manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan, namun kepakaran mereka menjurus ke situ. Mereka harus peka. Den_nai bukan tidak mahu menerima hakikat tetapi den_nai risau akan keadaan isteri dan zuriat den_nai yang belum lahir. Den_nai tak mahu kerana kelalaian manusia, den_nai kehilangan orang yang den_nai sayang.
Selalu den_nai merasakan perkara sebegini hanya berlaku pada orang lain tanpa menyedari bahawa den_nai sendiri adalah ‘orang lain’ kepada orang lain. Den_nai menjadi buntu. Mengapa den_nai? Minggu-minggu berikutnya den_nai membuat penelitian sendiri sambil tercari-cari group support dari mereka yang pernah melalui kegetiran serupa. Dari pencarian den_nai, den_nai ketahui kembar tersebut berkemungkinan mengalami Twin to Twin Transfusion Syndrome. Dan den_nai juga difahamkan pra-eklampsia di awal tempoh mengandung adalah tanda-tanda kelahiran berganda.
Akhirnya den_nai temui jawapan daripada seorang rakan bahawa sesungguhnya anak-anak itu bukan milik kita. Mereka merupakan amanah Allah s.w.t. dan pasti kita pun akan mengikut mereka suatu hari nanti. Sementara anak-anak mumaiyiz yang telah pergi adalah syafaat bagi kita di akhirat nanti, anak-anak yang hidup kini belum tentu boleh membantu. Pahit kata-kata tersebut namun itulah penawar paling mujarab. Bertitik-tolak dari situlah den_nai tidak lagi berkeluh-kesah, malah terus-terusan memberi peransang kepada Ayu agar dia terus tabah malalui saat kelahiran suka duka nanti.
Maha suci tuhan, sesungguhnya den_nai berbahagia kini. Penantian selama ini berakhir dengan kelahiran Indah Nurani, suatu nama yang cukup bermakna dalam hidup kami berdua. Pengorbanan Suchi Rohani akan terus kami kenang dan akan kami perkhabarkan pada kembarnya. Kami tahu, sesuci hatinya, dia aman dan tenteram di alam baqa.
Kehadiran Indah Nurani membuat den_nai bertambah semangat. Den_nai akan pastikan ia menjadi anak yang solehah; patuh suruhan agama, taat pada ayahbonda. Kini setiap kali selesai mesyuarat atau kerja-kerja di luar, den_nai akan bergegas pulang. Tidak sabar untuk metap wajah Indah. Orang beranak sulung, biasalah begitu, dunianya tertumpu pada anak yang satu sebagaimana den_nai.
Isteri den_nai Ayu bertambah keayuannya. Senyumnya semakin meleret tatkala bersama Indah. Cerianya menjadi-jadi apabila permata hatinya melontarkan suara-suara murni. Alhamdulillah, syukur pada tuhan. Segala yang terjadi pasti ada rahmat dan hikmah untuk kami mengambil iktibar darinya. Semoga zuriat kami akan bertambah lagi kelak. Insya’Allah.
taman bakti, ampang
september 2001
Friday, January 16, 2009
Friday, January 9, 2009
3 DARA
.
Syawal kembali menjengah,
Bersama suka dan duka hari-hari semalam,
Membongkar kisah yang usai dan
....yang tak sudah.
Temah, Aton dan Yam,
Di Padang Lebar kembali bersatu,
Pernah dahulu berkeluarga, terpisah,
....mengorak langkah , mencari arah,
Kini bersama lagi,
Menyingkap helaian-helaian masa,
....dimamah usia, hari-hari tua.
Temah - sudah ingat-ingat lupa,
....Diulang kata setiap ketika,
....Yang tiada dikata ada,
....Tuturnya luhur tiada lagi dusta,
....Sinar mata bening, berkaca cahaya.
Aton - lemah badan anggota sendi,
....Beralih gerak serasa nyeri,
....Kudrat telah lama berlalu pergi,
....Harapan dan semangat teguh berdiri,
....Senyum dipamer yakin diri.
Yam – rabun mata berbayang seribu,
....Sering menanya, “…siapa di sana tu?”,
....Pandangan di hati tak pula sebegitu,
....Masih tajam - polan yang ini polan yang itu,
....Sesekali merenung menusuk kalbu.
Bebenih yang ditanam merimbun pepohon,
Di situlah bertiga sepangkin berlindung,
Berseloroh, bertekak dan berpantun,
Mengimbau yang lampau,
....Bernostalgia lagu-lagu sunyi.
Bendang tiada lagi,
....Masakan padi menjadi,
Obor dan pelita,
....Berganti electricity,
Kering sungai, kontang perigi,
....Air susut mengalir sepi.
Damai kampung,
....tidak lagi mampu menggamit,
Lerai bebuah tidak bergait,
....luruh tidak berkutip,
Kemana kalian…
....tiada yang sudi mengulit?
Diseka airmata,
Ditepis dendam,
Diusir rindu,
Dibuang jauh gelora jiwa,
....Tetap bertiga dibelit dan dibelenggu,
....Hirisan duka luka nestapa.
Sayu pilu berhati hiba,
Musim berlalu masih menanti,
Anak menantu memimpin cucu,
Lewat Syawal tak jelang tiba.
subang jaya,
taman melawati,
setiawangsa.
rabu, 18:12 ptg,
1hb. November 2006..
Yang tersirat:
Berdosa den_nai kalau dimaksudkan wan (nenek) yang bertiga ini tiada yang menjaga dan memperdulikan makan minum mereka. Adapun puisi ini den-nai tujukan pada diri den_nai sendiri yang sering menunggak hari untuk menjenguk dan bertanya khabar pada ketiga dara ini.
Den_nai pernah mencari galur pertalian darah dengan ketiga bersaudara ini. Apa yang dapat den_nai simpulkan adalah ibu mereka dan moyang den_nai berkemungkinan bersepupu atau dua pupu. Yang nyata mereka beralih mukim dari tanah Mungkal di Minangkabau ke Padang Lebar di Rembau pada penghujung abad ke-19.
Ya, maklumlah pembaca yang budiman sekelian sekarang bahawa Mungkal itu adalah nama kaum, suku, keluarga den-nai. Bagi orang Minang nama suku diperturunkan melalui sebelah ibu.
Den-nai amat menyenangi urang gaek (orang-orang tua). Namun den-nai sering dibelenggu persoalan mengapa den-nai sahaja yang sering menjengok 3 dara ini sedangkan anak-cucu mereka jarang mampir menziarah mak den_nai di Seremban; walhal untuk ke Rembau dari Kuala Lumpur pasti tempuh Seremban dahulu. Apalah salahnya menyimpang sebentar bertanya khabar?
Kepekatan darah yang kian mencair; tali persaudaraan yang semakin merenggang…
Yang suratan:
Temah kembali kerahmatullah pada 13hb Februari 2007. Den_nai sedikit terkilan kerana tidak diperkhabarkan akan pemergiannya. Sungguhpun den_nai di Kuala Lumpur dan arwah di Rembau, jarak bukannya penghalang di waktu-waktu sebegini.
Al-fathihah.
Syawal kembali menjengah,
Bersama suka dan duka hari-hari semalam,
Membongkar kisah yang usai dan
....yang tak sudah.
Temah, Aton dan Yam,
Di Padang Lebar kembali bersatu,
Pernah dahulu berkeluarga, terpisah,
....mengorak langkah , mencari arah,
Kini bersama lagi,
Menyingkap helaian-helaian masa,
....dimamah usia, hari-hari tua.
Temah - sudah ingat-ingat lupa,
....Diulang kata setiap ketika,
....Yang tiada dikata ada,
....Tuturnya luhur tiada lagi dusta,
....Sinar mata bening, berkaca cahaya.
Aton - lemah badan anggota sendi,
....Beralih gerak serasa nyeri,
....Kudrat telah lama berlalu pergi,
....Harapan dan semangat teguh berdiri,
....Senyum dipamer yakin diri.
Yam – rabun mata berbayang seribu,
....Sering menanya, “…siapa di sana tu?”,
....Pandangan di hati tak pula sebegitu,
....Masih tajam - polan yang ini polan yang itu,
....Sesekali merenung menusuk kalbu.
Bebenih yang ditanam merimbun pepohon,
Di situlah bertiga sepangkin berlindung,
Berseloroh, bertekak dan berpantun,
Mengimbau yang lampau,
....Bernostalgia lagu-lagu sunyi.
Bendang tiada lagi,
....Masakan padi menjadi,
Obor dan pelita,
....Berganti electricity,
Kering sungai, kontang perigi,
....Air susut mengalir sepi.
Damai kampung,
....tidak lagi mampu menggamit,
Lerai bebuah tidak bergait,
....luruh tidak berkutip,
Kemana kalian…
....tiada yang sudi mengulit?
Diseka airmata,
Ditepis dendam,
Diusir rindu,
Dibuang jauh gelora jiwa,
....Tetap bertiga dibelit dan dibelenggu,
....Hirisan duka luka nestapa.
Sayu pilu berhati hiba,
Musim berlalu masih menanti,
Anak menantu memimpin cucu,
Lewat Syawal tak jelang tiba.
subang jaya,
taman melawati,
setiawangsa.
rabu, 18:12 ptg,
1hb. November 2006..
Yang tersirat:
Berdosa den_nai kalau dimaksudkan wan (nenek) yang bertiga ini tiada yang menjaga dan memperdulikan makan minum mereka. Adapun puisi ini den-nai tujukan pada diri den_nai sendiri yang sering menunggak hari untuk menjenguk dan bertanya khabar pada ketiga dara ini.
Den_nai pernah mencari galur pertalian darah dengan ketiga bersaudara ini. Apa yang dapat den_nai simpulkan adalah ibu mereka dan moyang den_nai berkemungkinan bersepupu atau dua pupu. Yang nyata mereka beralih mukim dari tanah Mungkal di Minangkabau ke Padang Lebar di Rembau pada penghujung abad ke-19.
Ya, maklumlah pembaca yang budiman sekelian sekarang bahawa Mungkal itu adalah nama kaum, suku, keluarga den-nai. Bagi orang Minang nama suku diperturunkan melalui sebelah ibu.
Den-nai amat menyenangi urang gaek (orang-orang tua). Namun den-nai sering dibelenggu persoalan mengapa den-nai sahaja yang sering menjengok 3 dara ini sedangkan anak-cucu mereka jarang mampir menziarah mak den_nai di Seremban; walhal untuk ke Rembau dari Kuala Lumpur pasti tempuh Seremban dahulu. Apalah salahnya menyimpang sebentar bertanya khabar?
Kepekatan darah yang kian mencair; tali persaudaraan yang semakin merenggang…
Yang suratan:
Temah kembali kerahmatullah pada 13hb Februari 2007. Den_nai sedikit terkilan kerana tidak diperkhabarkan akan pemergiannya. Sungguhpun den_nai di Kuala Lumpur dan arwah di Rembau, jarak bukannya penghalang di waktu-waktu sebegini.
Al-fathihah.
Friday, January 2, 2009
DOA SEORANG AYAH
.
Ya ALlah,
Hambamu bersyukur dengan kurniaanmu
Penganugerahan zuriat yang dinanti-nantikan
Teman bicara kelak di hari tua
Penyambung waris di kala tiada
.
Ya ALlah,
Kau permudahkanlah kandungannya
Kau elokkanlah perkembangannya
Sempurnakanlah sifat-sifatnya
Cantikkanlah paras-rupanya
.
Ya ALlah,
Teguhkanlah imannya
Indahkanlah nuraninya
Cekalkanlah hatinya
Murnikanlah pekertinya
.
Luhurkanlah budinya
Sopankanlah susilanya
Anggunkanlah karismanya
Tajamkanlah nalurinya
.
Sucikanlah jiwanya
Tuluskanlah sukmanya
Mekarkanlah aklinya
Mewahkanlah mindanya
.
Ya ALlah,
Kau sempurnakanlah
Kau perkenankanlah
Kau makbulkanlah
Amin Ya Rabbul Alamin
.
taman bakti, kuala lumpur,
20hb. Nov 2000
Yang tersirat:
Den-nai amat teruja penuh debar menepuh hari-hari bakal bergelar seorang ayah. Yang disebut hari-hari sebegitulah pada ALlah nan satu. Tersirat pula den-nai memohon agar den-nai berupaya mencorakkan anak ini sebaik mampu. Layakkah den-nai menanggung amanah ALlah ini?
Ya ALlah,
Hambamu bersyukur dengan kurniaanmu
Penganugerahan zuriat yang dinanti-nantikan
Teman bicara kelak di hari tua
Penyambung waris di kala tiada
.
Ya ALlah,
Kau permudahkanlah kandungannya
Kau elokkanlah perkembangannya
Sempurnakanlah sifat-sifatnya
Cantikkanlah paras-rupanya
.
Ya ALlah,
Teguhkanlah imannya
Indahkanlah nuraninya
Cekalkanlah hatinya
Murnikanlah pekertinya
.
Luhurkanlah budinya
Sopankanlah susilanya
Anggunkanlah karismanya
Tajamkanlah nalurinya
.
Sucikanlah jiwanya
Tuluskanlah sukmanya
Mekarkanlah aklinya
Mewahkanlah mindanya
.
Ya ALlah,
Kau sempurnakanlah
Kau perkenankanlah
Kau makbulkanlah
Amin Ya Rabbul Alamin
.
taman bakti, kuala lumpur,
20hb. Nov 2000
Yang tersirat:
Den-nai amat teruja penuh debar menepuh hari-hari bakal bergelar seorang ayah. Yang disebut hari-hari sebegitulah pada ALlah nan satu. Tersirat pula den-nai memohon agar den-nai berupaya mencorakkan anak ini sebaik mampu. Layakkah den-nai menanggung amanah ALlah ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)