.
Salahkah aku mencemburuimu,
Dek Baitullah menggamitmu
...di putaran waktu musim ini;
Kan kau berhimpun di Makkah
...mengikut jejak rasul-rasul ALlah.
.
Usahlah persalahkan aku
...iri akan rezekimu,
Bukan pula kusakit hati
...mahupun dengki yang tersimpul mati,
Sekadar menginginkan
...apa yang sekian kuhajati,
Ke rumah ALlah rukun penyudah.
.
Pergilah kamu
...tinggalkan aku sementara waktu,
Meladeni duniawi
...yang berterusan membelenggu.
.
Namun kutahu,
Perginya kamu membawa
...secebis aku dalam doamu,
Agar Baitullah dapat kutemu.
.
.
taman melawati
zulkaedah 1428
Yang tersirat:
Cemburu yang diizinkan? Siapa yang tidak mahu ke Makkah? Sebagai seorang muslim sudah pastilah itu menjadi matlamat puncak kehidupan, melangsai rukun penyudah.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan; mestilah didahului niat. Lazim terdengar kisah orang yang berdikit-dikit mengumpul wang selama bertahun-tahun untuk menyempurnakan hasrat nan satu ni. Dan terdengar juga mereka yang rezeki mencurah-curah yang mampu pergi at moments notice; tapi terhambat waktu yang membolehkan tercapainya rezeki mereka tadi.
Punya masa, tiada wang; Punya wang tiada masa. Tentu jauh lebih baik dari tiada masa dan tiada wang. Dan alangkah bahagianya pula seandainya punya masa dan punya wang!
Semakin ramai teman-teman dan kenalan yang diberi laluan oleh ALlah untuk melaksanakan fardhu haji mereka. Mudah-mudahan mabrur. Mudah-mudahan benar mereka membawa “…secebis aku dalam doamu”. Mudah-mudahan akan tiba pula giliran den_nai suatu hari nanti. Mudah-mudahan akan terungkai cemburu den_nai yang menggila ini. Ya, mudah-mudahan di permudahkan ALlah laluan ini.
Dan semakin ramai juga teman-teman dan kenalan yang telah dipanggil ALlah untuk kebali ke rahmatNya. Den_nai juga akan dijemputNya nanti. Bila? Yang mana satu akan den_nai terima dahulu; ke ‘rumah’Nya atau terus kepada Nya. Mungkin ke ‘rumah’Nya dan terus kepada Nya. Doakah itu?
Yang tersurat:
Telah ditentukan ALlah yang Mak akan menerima undanganNya buat kali kedua. Perginya Mak kali ini diiringi Kak Long, Abang Mat dan Isterinya. Berempat mereka. Den_nai tumpang gembira bersulam cemburu yang membuak jiwa. Masakan tidak, pertama tentulah ke Baitullah itu sendiri sebelum mencecah usia 50, kedua berpergian bersama emak dan isteri. Alangkah bahagia didampingi orang tersayang.
Jom gi Haji!
.
Thursday, November 26, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)